Ini merupakan perkembangan terkini tentang satu kes mahkamah yang melibatkan pelakon terkenal tanah air iaitu Ben Amir dengan sebuah pihak produksi iaitu Elisa Vision Sendirian Berhad.
Kerana melanggar kontrak sebagai pelakon dalam sebuah drama berjudul Demi pada tahun 2021, pelakon Ben Amir bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak RM100ribu kepada syarikat berkenaan.
Kata persetujuan itu telah dicapai oleh Ben Amir dan syarikat produksi berkenaan setelah kes disebut di depan hakim di mahkamah Kuala Lumpur.
Setelah berseutuju, hakim mememerintahkan Ben Amir membayar ganti rugi sebanyak RM100 ribu itu dengan lima kali bayaran secara ansuran. Ben Amir akan bayar RM20ribu bermula 10 Mei depan, sebanyak lima kali.
“Jika defendan iaitu Ben Amir gagal membayar RM100ribu , maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut oleh pihak Elisa Vision iaitu sebanyak RM211,477 akan dikembalikan.”
Dari laporan Mstar, mahkamah juga merekodkan bahawa defendan telah menarik balik tuntutan balas kepada plaintif.
Ben Amir yang dilihat berada di luar mahkamah telah menolak untuk ditemuramah oleh pihak media.
“Kes ini dah selesai, jadi saya no comment. Kes selesai dengan cara baik.” Itu sedikit kata-kata dari Ben Amir.
Penerbit dari syarikat Elisa Vision iaitu Datin Mahfuzah Zakkiah pula meluahkan rasa syukur kerana hal ini telah berjaya menemui kata persetujuan.
“Saya bersyukur sebab isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Saya dah maafkan Ben Amir atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini semua merupakan berkat di bulan Ramadan.”
“Sebenarnya dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya. Kini hal ini pun sudah selesai.”
Diimbas kembali pada tarikh 27 Mac 2020, pihak produksi mendakwa pelakon utama drama Demi iaitu Ben Amir telah pulang ke tanah air dengan sendiri dan telah meninggalkan kesemua staff dan crew produksi dan pelakon lain yang sedang jalani penggambaran di Scotland. Di waktu itu Covid sedang merebak.
Tindakan Ben Amir itu dikatakan tak bertanggungjawab selain mementingkan diri sendiri disebabkan penggambaran ketika itu belum selesai.