Kisah Yasin Sulaiman memiliki bahan serta pokok yag dilarang serta salah disisi undang-undang telah diketahui umum.
Ketika di awal pendakwaannya, nama Syed Saddiq telah disebut oleh Yasin Sulaiman. Rupanya ianya disebabkan Syed Saddiq pernah membincangkan di parlimen untuk melihat semula kegunaan bahan berkenaan sebagai ubatan.
Semalam, Syed Saddiq mendedahkan luahan hati Yasin pada tahun lalu, namun baru kini dia mengetahuinya.
Syed Saddiq akui dia terlepas pandang dari membaca posting dari Yasin Sulaiman yang dibuat pada bulan Oktober tahun 2021.
Ini luahan dari Yasin Sulaiman.
“Awak memang terbaik YB Syed Saddiq. Bahan ini memang mempunyai banyak kebaikkan dari sudut medical.”
“Terutama untuk kegunaan orang macam saya ni yang ada chronic stress, insomnia (tak boleh tidur), kehilangan selera makan, dan tak boleh fokus.”
“Dah 20 tahun saya cuba untuk dapatkan ubat untuk masalah saya ini. Saya jumpa banyak doktor, pergi dapatkan rawatan di banyak tempat, tetapi ianya tak sesuai untuk saya dan mempunyai banyak side effects.”
“Apabila saya jumpa ubat yang sesuai, sayangnya society di era ini masih lagi menghalang saya untuk mendapatkannya.”
Membaca luahan Yasin itu, Syed Saddiq berkata dia akan terus cuba membantu Yasin dan mereka di luar sana yang memerlukan bahan berkenaan sebagai rawatan ubatan.
“Saya sempat bertemu family Yasin. Saya minta maaf kepada saudara Yasin sebab terlepas pandang posting darinya pada Oktober lepas.”
“Tak ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka sakit dan masuk penjara hanya kerana mahu mendapatkan rawatan. Ibu bapa nak yang terbaik untuk kesihatan anak-anak.”
“Mama saya pun ada merayu, minta tolong serta bantulah saudara Yasin.”
“Mereka ni semua perlukan ubatan yang terbaik untuk kesihatan mereka, ini soal kesihatan. Undang-undang tidak membenarkan penggunaan bahan ini memang dah lapuk, WHO pun dah akui.”
Itulah pendedahan dari Syed Saddiq tentang Yasin Sulaiman.