Ahli perniagaan Liana Rosli atau pun lebih dikenali dengan nama Kak KM telah membuat keputusan untuk terus block ibunya iaitu pelakon terkenal, Normah Damanhuri di Instagram.
Kak KM mengesahkan hal berkenaan kerana tak mahu ibunya it uterus melihat segala video ataupun segala posting yang membolehkan membuat ibunya itu menjadi murung.
Dia dah tak mahu ibunya tahu tentang posting terbaru darinya yang kadangkala mendapat komen kurang baik dari netizen.
“Saya ni seorang yang tak baca komen tetapi saya fahamlah orang terdekat contohnya mak dengan adik-beradik saya akan terkena tempiasnya.”
“Selalunya mak saya yang akan pantau dan jadi orang pertama call saya jika ada timbul sesuatu isu. Dia pula jenis yang suka baca komen.”
“Sebenarnya saya kerap ingatkan supaya jangan peduli komen orang luar. Walaupun dia taklah sampai menangis, tetapi, wajah dia akan jadi sayu dan nampak murung.”
“Mak saya selalu akan call dan cakap kenapa saya buat video macam tu. Contohnya dia cakap berhentilah buat video macam itu. Tengok, mak pula yang kena.”
“Oleh itu, untuk elak dia terus risau, saya dah block dia dari tengok status saya.”
Jelas Kak KM, maknya memang dah jalankan tugas sebagai seorang ibu, namun dia yang tak mahu dengar kata.
“Mak sebenarnya dah buat tanggungjawab untuk menegur saya, dia bukannya tak pandai jaga anak. Sebenarnya saya ni yang degil.”
Tentang video atau cara dia promosikan barangan dan produk-produk, Kak KM fikir itu adalah cara yang terbaik.
“Saya ni orang yang berniaga, saya buat apa yang patut untuk pasarkan barnagan berkenaan. Saya dengan cara saya. Apa yang saya tayang tu ikut kesesuaian dengan produk untuk kaum wanita.”
Kata Kak KM, apa pun yang orang cakap tentang dirinya, dia tak ambil hati, dan tetap akan melayan semua orang dengan baik.
“Ada follower yang jumpa saya kat luar, dia kata tak suka dengan saya, lama-lama dia jadi suka pula dengan saya.”
“Mungkin ada orang yang masih tak faham atau memang kurang senang dengan saya. Apa pun saya tak buat salah. Kalau ada yang datang saya hadap saja.”
Itulah komen dari Liana Rosli atau Kak KM, anak kepada pelakon Normah Damanhuri.