“Dah puas pujuk, tak tahu nak buat macam mana, Pierre Andre masih merajuk”

5,235 views

Sebelum ini nama pelakon dan pengarah Pierre Andre amat dikenali ramai. Banyak filem dan drama lakonan serta arahannya yang terkenal.

Kalau korang ingat antaar karya paling dikenali sudah tentu ialah Jangan Pandang Belakang yang mana Pierre tampil sebagai pelakon utama dan juga penulis skrip filem berkenaan.

Ianya telah mencatatkan keuntungan yang amat besar. Kutipan mencecah RM6 juta.

Namun kini, nama Pierre Andre dah pulang hilang dari dunia seni tanah air, dah bertahun lamanya.

Emak kepada Pierre Andre, iaitu Khatijah Tan memberitahu dia pun dah tak tahu cara nak memujuk semula anaknya itu untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Khatijah Tan akui, memang ramai yang masih mahu khidmat Pierre namun anaknya itu masih menolak tawaran yang diberikan.

“Bukannya saya tak pernah nak memujuk dia. Apatah lagi memang ramai yang tanya pada saya. kadangkala saya tertanya tanya pada dia sendiri, mengapa begini.”

“Dia pun ada kata tipulah jika dia tak ada rasa rindu dengan industri seni. Namun antara puncanya adalah sebab dia terlalu kecewa.”

“Expectation dia ni kepada industri amat tinggi dan dia ni amat sensitif. Jadi apabila dia tak dapat, dia terus saja merajuk dengan industry seni ini.”

“Bukan saya nak puji anak sendiri, tapi sebenarnya dia ni memang orang yang kreatif. Banyak skrip yang dia dah tulis, cumanya dia tidak jual pada orang sebab dia tidak dapat apa yang dia nak.”

“Mungkin juga dia terjumpa dengan orang yang salah sampai idea dan karya dia jadi terbantut.”

Khatijah Tan menyatakan anaknya itu lebih kepada orang seni dan agak berbeza dengan orang business.

“Dia tidak dapat orang yang sama serasi serta memahami jiwanya. Orang seni dan yang buat business ni lain.”

“Hal ini juga buat Pierre bertambah kecewa. Lainlah jika Pierre ini penerbit seperti Datuk Yusof Haslam misalnya, itu lainlah. Mungkin hal sebegini yang membuatkan anak saya merajuk dengan industry seni.”

Khatijah Tan kini duduk di Ipoh dan Pierre Andre pula tinggal di Ampang bersama isteri serta anak-anaknya.

Pierre Andre kini seringkali terlibat dengan idea kreatif serta content creator di laman Youtube di saluran Andre Brothers Pictures.