Akui buat rawatan secara Islam untuk hamil, usia kandungan Mona Allen dah 6 bulan

1,692 views

Setelah 4 tahun berkahwin, pasangan suami isteri Pekin Ibrahim dan Mona Allen kini membuat pengumuman bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Menerusi satu foto yang menunjukkan baby bump, Mona Allen mengesahkan kehamilannya itu.

Usia kandungan Mona Allen kini sudah masuk ke fasa trimeseter kedua, iaitu dah masuk 6 bulan.

Ini komen dari Mona Allen tentang kandungannya.

“Syukur Alhamdulillah, kandungan saya kini sudah masuk usia enam bulan. Kami ni bukannya nak sorok atau merahsiakan kehamilan. Namun kami hanya tak ada buat pengumuman saja.”

“Sebenarnya sebelum ini ada saja video atau gambar yang memang dah nampak baby bump tu. Dan kini  kami memilih untuk buat pengumuman selepas kandungan saya ni dah benar kuat, dah masuk enam atau tujuh bulan.”

“Memang mulanya plan nak umum ketika kandungan masuk tujuh bulan namun ramai sangat dah tanya, jadi kami pun umum sajalah.”

Mengambil 4 tahun untuk hamil, sebenarnya Mona dan sumia dah lama mahu menimang anak. Malah mereka pun pernah buat rawatan termasuklah secara perubatan Islam.

“Saya dan suami ada pergi berubat dengan ustaz, kami guna kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.”

“Ketika itu, ada penggambaran di Melaka, kawan mencadangan untuk jumpa ustaz di Melaka. Syukur usaha kami dapatkan anak saya hamil berjaya selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa dari ustaz.”

“Kami memang dah buat pemeriksaan doktor sebelum ini. Doktor pun sahkan saya dan suami tak ada sebarang isu untuk mengandung. Sebab itu kami pun buat rawtaan secara Islam.”

Mona Allen kemudian bercerita bahawa ketiak dia hamil, Pekin pula yang alami alahan dan mengidam.

“Saya tak ada terkena alahan ketika mengandung ini tapi Pekin pula yang terkena tempiasnya. Ketika bulan pertama itu, dia asyik mual, muntah dan mengidam banyak benda. Sampai sekarang dia rasa mual namun dah kurang sikit.”

Pekin dan Mona Allen berkahwin pada hujung tahun 2018.