“Saya bukan wanita” ~ Individu dikatakan kekasih Syafi Tee sebenarnya bukan wanita?

6,822 views

“I am not woman” Itulah yang ditulis di satu Instagram disyaki milik kepada kekasih hati kepada Syafi Tee iaitu pelakon yang juga anak kepada penceramah terkenal tanah air, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Dari laporan beberapa portal seperi Harian Metro dan juga Oh My Media, didapati wanita yang dikatakan merupakan kekasih hati kepada Syafi Tee itu sebenarnya bukanlah wanita tulen.

Dari laporan Oh My Media, ada netizen yang membuat carian tentang identity kekasih kepada Syafi Tee ini dan mendapati nama yang terkait ialah Apink.

Dari bio Apink, ditulis secara terangan bahawa dirinya bukan wanita dan turut meletakkan emoji atau bendera pelangi.

Melihat wajah Apink, ternyata ianya mirip sekali dengan wajah individu yang dikatakan sedang menjadi kekasih hati kepada Syafi Tee.

Sehingga usha pihak media untuk mendapatkan respon atau kenyataan dari Syafi Tee dilihat tidak berjaya kerana pemuda ini tidak mahu membalas mesej yang diberikan.

Jika dilihat di Instagram, Syafi Tee kini sedang terlibat dengan sebuah penggambaran.

Diimbas kembali, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee ada menulis dan akui bahawa iman memang tak dapat dijual beli.

Sebagai seorang pendakwah, Ridhuan Tee tetap akan jalankan tugasnya, namun akui dia juga ada kelemahan sendiri.

Melihat kejadian Nabi Nuh yang gagal selamat anak, Ridhuan Tee akur dia juga seperti itu juga apatah lagi dia hanya insan biasa.

Namun begitu, Prof Ridhuan Tee berkata, dia sudah pun memberi nasihat kepada anaknya itu dan selebihnya bergantung kepada dirinya sendiri.

Prof Ridhuan Tee menjelaskan sebelum ini dia masuk ke dunia seni dalam seni ilmu namun anak lelakinya, Syafi Tee telah memilih menyertai dunia seni tetapi dalam bentuk hiburan.