“Kereta berpusing tiga kali” Kereta Tajul terbabas, dari laporan awal ini puncanya

2,602 views

Pengalaman yang amat cemas, itulah yang dialami oleh penyanyi Tajul setelah terlibat dengan satu insiden baru-baru ini.

Dari laporan portal mstar, kereta jenis BMW yang dipandu oleh Tajul telah terbabas.

Dikatakan puncanya ialah Tajul cuba untuk mengelak kenderaannya itu dari lopak air dijalan raya sehingga terbabas ke tepi jalan raya.

Penyanyi berumur 24 tahun ini dalam keadaan selamat namun masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi.

Menceritakan detik cemas berkenaan, kereta tajul telah berpusing sebanyak tiga kali sebelum merempuh pembahagi jalan raya.

Insiden berkenaan berlaku di PLUS kawasan Tapah, yang maan Tajul dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke ibu kota, Kuala Lumpur.

“Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat. Kemudian saya tak nampak ada lopak air di jalan raya. Apabila nampak lopak air tu, dah dekat sangat, saya pun cuba nak elak.”

“Kerana itu saya hilang kawalan, kereta terus berpusing dan kemudian telah merempuh pembahagi jalan.”

“Mujurlah saya tak ada terlanggar lori yang masa tu ada dekat dengan kereta saya. Kalau tak ini akan jadi lebih tidak baik.”

Ini pula rasa hatinya setelah tiada sesiapa yang alami kecederaan dari kejadian.

“Syukur sangat sebab tak ada sesiapa yang tercedera. Memang saya sangat terkejut lepas kejadian. Saya ambil masa untuk rehat sekejap di tepi jalan.”

Insiden ini membuatkan Tajul terus teringat apa yang terjadi kepada abangnya iaitu Achik Spin.

Semasa kereta sedang berpusing, Tajul hanya mampu redha dengan ketentuan dari Illahi.

“Memang rasa amat menakutkan, apatah lagi abang saya dahulu meninggal sebab dari kemalangan. Semasa kereta sedang berpusing tu, saya fikir ke manalah agaknya hala tuju akhirnya saya terhumban atau terbabas. Saya hanya berserah saja ketiak itu.”

Terdahulu, Tajul berkongsi keadaan dia selamat dan kereta yang dipandu itu mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.

Diimbas kembali, abang kepada Tajul iaitu Achik Spin disahkan mengehembuskan nafas terakhir akibat dari kemalangan jalan raya pada tahun 2010, 12 tahun yang lalu.