“Kita kawan balik sampai kahwin ok” ~ Bekas kekasih masih sayang Rossa Sera

1,961 views

Kali ini ada satu lagi kisah berkaitan perkahwinan antara Shuk Sahar dan isterinya iaitu Rossa Sera.

Dari laporan portal Mstar, kali ini ianya berkaitan dengan video yang dikatakan bekas kekasih kepada Rossa Sera.

Video dari bekas kekasih isteri Shuk sahar itu dilihat masih lagi menunggu untuk menerima cinta dari wanita berkenaan.

Satu video yang dimuat naik akaun bernama Aidi Qusairy, jelas kelihatan lelaki berkenaan telah keluar dengan Sera.

Di bahagian caption, ianya menggambarkan lelaki ini sudah lama menunggu cinta dari Sera telah pun bersedia menjadi pengganti kepada Shuk.

“Janda yang paling aku nantikan. Bekas yang paling gila, walaupun bekas tetapi aku ni tetap sayang. Kita berkawan balik sampai kita jadi kahwin okey.”

Diruangan komen, lelaki berkenaan berkenaan berjata memang ramai yang minat dengan Rossa Sera ini tetapi banyak yang kena tolak olehnya.

“Aku pun kena dah kena reject dari darjah satu sampailah ke hari ini.”

Dapat dilihat, video ini turut menarik perhatian tuan punya badan iaitu Rossa Sera sendiri. Isteri kepada Shuk ini menulis perkataan singkatan gelak tawa iaitu LOL.

Selain itu, ramai yang memberi sokongan agar jejaka berkenaan cuba terus memikat hati Sera.

Ini antara komen yang diberikan kepada video tersebut.

“Apabila suami dah tak tahu nak menghargai namun sebenarnya ada ramai lagi yang menanti.”

“Saya setuju sangat, silalah cepat sikit rampas tu.”

“Dia ni cantik, selayaknya dapat lelaki yang sentiasa menghargai dirinya.”

Sehingga kini, video tersebut sudah ditonton lebih setengah juta views, kiranya viral juga.

Kisah antaar Shuk Sahar dan Rossa Sera ini sudah banyak kali jadi tumpuan terutama sikap Shuk yang sering dituduh bermain kayu tiga dengan wanita lain.