“Saya pun terkejut tindakan saya melamar Amelia Henderson” Aedy Ashraf

3,476 views

Pada bulan Mac yang lepas, pelakon Aedy Ashraf telah melutut dan melamar rakan pelakon Amelia Henderson.

Walaupun ramai yang anggap ianya gimik semata, Aedy berkata hal berkenaan sesuatu yang benar terjadi, dan ia bukan kerana mahukan publisiti.

Aedy, 29 tahun, menjelaskan dia memang sedang rapat dan sedang kenali hati budi Amelia Henderson.

Lamaran yang dibuat itu adalah secara spontan, malah Aedy sendiri terkejut sebab berani melutut dan melamar Amelia untuk menjadi pasangannya sebagai kekasih hati.

“Saya pun terkejut dengan tindakan spontan itu. Bukan saja orang lain tetapi saya sendiri dan juga termasuklah Amelia pun, kami memang terkejut.”

“Lamaran tersebut saya tak pernah nak plan atau rancang pun. Kami berdua memang tak tahu menahu dan ianya terjadi secara semula jadi.”

Walaupun kini hubungan mereka dipertikai kerana tidak dilihat bergambar bersama, Aedy menyatakan kerja mereka memang terlalu sibuk ketika ini.

“Jadual hidup saya memang tidak seimbang langsung sekarang ni. Kerja memang saya selalu akan letak sebagai nombor satu, kadangkala masa dengan family pun tak banyak.”

“Tidak ada masa nak jumpa atau date pun. Sekarang ni saya seorang manusia yang terlalu sukakan kerja sampai kasih sayang yang lain pun agak terabai.”

“Selain itu, Amelia pun sangat sibuk dan persamaan kami ialah jadual kami berdua terlalu padat. Kami tak jumpa atau pergi date tetapi hanya contact melalui phone saja.”

Diimbas kembali, pada 27 Mac 2022, Aedy Ashraf telah melutut lalu melamar Amelia Henderson sebagai teman wanitanya di satu event.

Amelia Henderson, 27 tahun, pernah berlakkon bersama Aedy Ashraf sebelum ini, iaitu  dalam sebuah drama bersiri berjudul Kisah Cinta Kita.