“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

8,017 views

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan dengan babak yang bersentuhan dengan pelakon wanita.

Ini membuatkan ada yang dah label, kalau ada Zul Ariffin saja, dah tentu akan ada babak sentuh contohnya adegan dukung mendukung.

Namun hal ini ditolak mentah-mentah oleh pelakon berumur 36 tahun ini.

“Saya mahu memberi penegasan, sepanjang karier saya, tak pernah sekali pun saya request nak dukung pelakon utama. Semuanya datang sendiri dari skrip atau pun arahan.”

“Masa saya datang set penggambaran, salam pelakon utama wanita pun saya tak buat. Tapi sekarang ini saya dibahan, kalau Zul saja mesti ada babak dukung mendukung.”

“Itu merupakan permainan industri. Saya boleh bermain tentang hal itu, saya tak kisah pun. Tetapi mampukah pelakon lain bermain perkara yang sama juga.”

Zul mengimbas kembali video tularnya bersama pelakon bernama Siti Hariesa yang tular dalam drama Perempuan Itu.

“Contohnya apa yang dah terjadi pada saya ketika beberapa bulan lalu, tentang satu video yang dah tular.”

“Ianya belum ditayangkan di TV, hanya di sosial media saya dan dah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan tapi ianya lepas.”

“Boleh saja cakap dorang boleh tolak, tapi pilih sedap. Kenapa hanya cakap macam tu pada saya saja.”

“Apabila orang kata saya, saya diam sajalah. Saya ni jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya masih hormat lagi.”

Kini, Zul Ariffin memilih untuk fokus pada kerjaya dalam layar perak saja.

“Saya dah buat keputusan untuk tak terlalu aktif berlakon dalam drama kerana ada ketika mereka di set dilihat tak begitu serius. Walau pun bukan semua, tetapi ia tetap berlaku.”

“Apabila saya nampak permainan macam tu, saya tak mahu salahkan sesiapa. Tapi saya ada rasa tak bolehlah. Dah lama dah main game ni. Undur diri sekejap dulu.”

Zul Ariffin bersyukur masih lagi menerima tawaran dan kini boleh fokus dengan filem atau naskah yang lebih premium.