Aril kini menganggur, tak ada kerja

1,978 views

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan yang lalu.

Bekas peserta Akademi Fantasia mengakui hidupnya amat terkesan namun belum lagi sampai ke tahap yang terdesak sampai mahu meminta simpati orang lain.

Aril juga belum pagi pernah meminta nak pinjam wang atau harta benda dari orang lain.

Jelasnya, dia sudah tak bekerja setelah rancangan CCTV ditamatkan siaran.

Aril telah menajdi pengacara untuk rancangan berkenaan sejak tujuh tahun lepas dan kini pihak Astro membuat keputusan untuk menamatkan rancangan berkenaan.

“Setelah tujuh tahun saya jadi pengacara program CCTV, pada tahun ini, pihak Astro membuat keputusan untuk menamatkan rancangan berkenaan. Kali terakhir CCTV bersiaran ialah pada bulan puasa lepas.”

“Berbohong jika saya cakap diri ini tak terkesan. Siapapun yang lalui hal ini akan faham perasaan yang saya lalui ini.”

Aril, 37 tahun, berkata sampai sekarang diri masih boleh lagi bertahan dan tidak meminjam dari orang lain.

“Walaupun tak ada kerja, saya belum lagi terdesak sampai kena meminjam wang orang. Saya sendiri harap dan berdoa suapay saya tak sampai macam itu.”

Jelas Aril, dia memang hidup secara sederhana sejak dulu dan ini mungkin membantunya uruskan kewangan dengan lebih berhemah dan berjimat cermat.

“Saya bersyukur sebab saya ini bukan jenis orang yang suka hidup mewah. Saya tak pandai dan tak guna kad kredit. Kalau hutang tu, Cuma kereta dan bil harian saja.”

“Saya tak berbelanja barang berjenama mewah. Zaman itu semua sudah berlalu buat saya.”

Aril dah berkahwin dengan bekas pramugari, Puteri Erma Edlinda pada athun 2013 dan mempunyai seorang anak bernama Tun Adriel Mikael.