Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu.
Sejak pemergian SIti Sarah, ada juga ura-ura mengatakan Wan Sharmila ini yang merupakan individu yang rapat denagn anak perempuan Shuib iaitu Talita.
Namun begitu, Wan Sharmila tidak mahu memberi komen lanjut tentang kisah itu.
Begitu juga dengan Shuib, yang mengatakan dia hanay kenal Wan Sharmila macam gitu saja, bukannya terlalu rapat.
Akan tetapi, netizen seakan suka melihat Shuib dan juga Wan Sharmila ni. Kata netizen, mereka berdua ni nampak sesuai sangat.
Baru-baru ini Wan Sharmila menjadi perhatian apabila hadir ke majlis tahlil arwah Siti Sarah.
Selain itu, ibu kepada Shuib iaitu Amy Salmi atau nama sebenarnya Salmiah Jalani, ada muatnaik gambar bersama pelakon berkenaan.
Jelas kelihatan ibu Shuib dan Wan Sharmila ini begitu mesra dan serasi bersama.
Dari caption yang ditulis oleh Amy Salmi, ianya seakan memberikan hint tentang Wan Sharmila.
“Biar gambar berbicara.” Tulis Amy Salmi.
Dari satu lagi post, Amy menulis dia gembira dan berterima kasih kerana Wan Sharmila melayan dirinya malah memanggil dirinya mama kepada Wan Sharmila.
“Mood gembira dengan Wan Sharmila, terima aksih sebab layan mama sampai habis majlis ni.” Tulis ibu kepada Shuib ini.
Melihat ke ruangan komen, memang ramai yang mendoakan agar Shuib dan Wan Sharmila mempunyai jodoh.
“Kalau yang ni, memang saya pun suka.” Tulis seorang netizen yang setuju Shuib dan Wan Sharmila.
“Pilihan mak mertua, macam dah dapat restu tu, kalau betul syukur Alhamdulillah.”
“Wan Sharmila ni nampak lembut orang nya. Suka sangat.”
Wan Sharmila juga ada muatnaik gambar bersama ibu Shuib dan berterima kasih kerana menjemputnya.
Memang ramai orang di luar sana yang setuju jika Shuib Sepahtu ada hubungan dengan Wan Sharmila, namun ramai yang tertunggu apa kata Shuib pula.