Ini penjelasan penuh dari Aprena Manrose tentang berniqab

1,877 views

Ini sedikit cerita dan perkembangan tentang pelakon Aprena Manrose yang juga adik kepada Oktavia Manrose dan sepupu kepada pelakon terkenal Uqasha, Nelydia dan juga Raysha Rizrose. 

Sudah diketahui umum, Aprena dan kakaknya Oktavia kini dalam proses penghijrahan. 

Sebelum ini kedua mereka dilihat telah pun bertudung dan menutup aurat. Kini ada pula gambar menunjukkan Aprena sudah pun memakai purdah atau pun niqab. 

Ini semua dapat dilihat menerusi posting dari Aprena Manrose sendiri dari laman Instagram miliknya. 

Sehinggakan ada yang mula tertanya sama ada Aprena kini dah full time memakai niqab kah? 

Setelah begitu ramai yang bertanya, akhirnya tuan pun badan pun memberi jawapan. 

Kata Aprena Manrose dia masih lagi dalam proses mahu mendekat diri dengan pencipta.  

Namun begitu, secara jujur, Aprena Manrose, 29 tahun, mengakui dia sekita ini masih belum lagi full time memakai niqab. 

“Terima kasih di atas headline serta banyak doa-doa yang diberikan pada saya. Tetapi, sebenarnya saya masih belum lagi sepenuhnya memakai niqab. Saya kini masih lagi belajar dan hanya cuba-cuba pakai saja. Teruskan doa yang baik untuk saya.” 

Itulah jawapan dari Aprena Manrose setelah ada beberapa portal menulis tentang dirinya dah memakai niqab atau pun purdah. 

Ketika ini, Aprena Manrose dan kakaknya, Oktavia Manrose memang seringkali hadir ke majlis ilmu. 

Mereka berdua memang aktif datang banyak majlis ilmu dan usrah untuk menimba ilmu agama. 

“Syukur di atas rezeki yang diberi untuk saya menghadiri majlis ilmu agama. Memang begitu ramai sangat yang hadir. Semoga kita semua terus usaha menuntut ilmu agama dan beriman.” 

Tambah Aprena Manrose lagi, dia amat berharap dirinya akan terus istiqamah untuk terus hidup berlandaskan jalan yang diredhai oleh Nya.