Kisah misteri wanita lagu viral “Begitu syulit lupakan Rehan”, 16 kali dah hamil

1,755 views

Antara lagu yang terngiang ngiang sekarang berbunyi seperti ini: “Begitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan baik.” 

Lagu ini dinyanyikan oleh seorang wanita dari negara jiran bernama Intan Lembata Bunting.  

Wanita ini sedang viral di laman media sosial. Lagu ini dianggap lucu apatah lagi melihat gelagat Intan yang manja dan bersahaja. 

Mesti ramai yang nak tahu apa disebalik lagu berkenaan, dan akhirnya tuan punya badan tampil berbicara. 

Intan bercerita tentang lagu viralnya itu dalam satu temu bual baru-baru ini. 

Katanya, individu Rehan yang dimaksudkan seorang yang amat mistik. Malahan Intan dah hamil sebanyak 16 kali dengan Rehan, tetapi ianya berlaku dalam alam lain. 

Bermula dengan pertemuan ketika mimpi, Intan berkata dia ada bertemu beberapa kali Rehan, namun ianya di alam lain. 

Ditanya sama ada Rehan itu benar-benar wujud di dunia nyata ini, Intan memberi jawapan yang tidak jelas. 

“Rehan sering dalam mimpiku, seorang lelaki yang kau namakan sebagai Rehan.” 

“Percintaan yang ada tetapi tidak ada juga. Cinta itu bagi aku adalah memang benar tetapi bagi orang lain tidak.” 

Jelas Intan, Rehan mula hadir setelah Intan berpisah dengan bekas kekasih yang dah bercinta selama 2 tahun. 

“Bekas kekasih ada wanita lain, memang sakit. Kemudian Rehan hadir dan dia sayang saya.” 

Tentang sebutan perkataan sulit yang menjadi syulit, Intan memang menyanyikan dengan gaya tersendiri, dengan gaya yang pelat. 

Sehingga kini, lagu nyanyian Intan ini sudah ditonton sebanyak 50 juta kali. 

Populariti Intan mencanak sehingga menjadi tetamu di kaca televisyen di negara jiran. Rata-rata nak tahu siapakah Rehan sebenarnya. 

Apapun, Intan berkata, dia tak sangka namanya jadi tular sampailah ke negara Malaysia.