“Kami akan cuti tak lama lagi, masa tu saya tak sekat wajah Bilal” Neelofa

3,280 views

Baby Bilal, anak sulung kepada Neelofa dan Pu Riz seringkali jadi tajuk utama media di tanah air. 

Dah masuk 9 bulan, Neelofa dan suami masih lagi belum bersedia tayang wajah Bilal walaupun sudah beberapa kali muatnaik gambar baby berkenaan. Hanya sipi-sipi saja wajahnya yang ditayangkan. 

Hal ini membuatkan ramai peminat yang dah tak sabar melihat wajah baby berkenaan. 

Bekas pemenang Dewi Remaja itu berkata, dia sekeluarga akan pergi bercuti tak lama lagi, dan ini mungkin masanya untuk tayang wajah baby Bilal. 

Neelofa sebenarnya sedar, dia tak dapat nak tutup wajah Bilal buat selama lamanya. 

“Sama macam anak orang lain juga, Bilal sedang melaui proses pembesaran. Tidak lama lagi saya pun dah tidak boleh lagi nak cover atau tutup lagi wajah dia dah.” 

“Nanti kami ada plan pergi holiday bersama family, tidak lama saja lagi. Kemungkinan ketika inilah, orang akan nampak dan saya tak boleh nak sekat lagi. Anda semua boleh lihat sendiri.” 

Kerana selalu muatnaik wajah sipi atau belakang, Neelofa sedar dia menjadi bahan jenaka namun tidak kisah. 

“Apa yang boleh saya buat kalau ada pihak nak jadikan benda itu sebagai bahan jenaka. Di sebalik semua itu pastinya ada doa buat baby Bilal.” 

“Saya selalu saja bawa Bilal keluar rumah dan kalau masa tu ada yang nak lihat wajah Bilal, saya tidak pernah halang. Cuma mereka yang dan jumpa dan tengok Bilal amat hormati privasi kami.” 

Neelofa akui ada yang nak buat puzzle sebab nak tahu wajah baby Bilal, namun dia tertanya kenapa baby dia yang jadi tumpuan sangat.

“Kepada yang nak susu puzzle (wajah Bilal) semua tu, mesti ada doa yang baik-baik juga.” 

“Tapi kenapa tak ada orang buat kepada Mizz Nina ke, Mira Filzah ke, saya rasa macam tak aci.” Kata Neelofa sambila ketawa.

Tentang perkembangan anak sulungnya itu, baby Bilal kini dah boleh merangkak dan membuatkan Neelfoa dan Pu Riz amat teruja. 

“Sekarang ni, dia membesar dengan baik, Bilal dah boleh merangkak dah. Dah tentulah sebagai ibu saya amat teruja melihat semua proses pembesaran anak saya ini. Saya dan Haris nak melihat Bilal membesar secara normal.” 

Itulah kenyataan dari Neelofa tentang baby Bilal.