Bercuti naik cruise, Intan Ladyana tampil bertudung “Syukur sangat”

2,313 views

Pelakon filem Adnan Sempit, Intan Ladyana menjadi tumpuan ramai pihak sejak semalam ekoran beberapa foto yang dimuatnaik olehnya dan suaminya, Harris Alif. 

Di usianya yang dah masuk ke umur 40 tahun, Intan Ladyana dilihat telah mengambil pendekatan baru dalam penampilannya. 

Isteri kepada Harris Alif, 23 tahun ini, dilihat telah menutup aurat. 

Intan Ladyana dan Harris Alif telah berkongsi beberapa foto semasa sedang bercuti bersama keluarga kecilnya. 

Mereka bercuti di atas kapal persiaran mewah, pergi naik cruise iaitu Resort World Cruise, dari Klang ke Singapura. 

Quality time bersama family.” Tulis Harris Alif. 

Intan dilihat sedang mendukung anak kecil mereka iaitu Evie Khadeeja, 9 bulan, dan apa yang menariknya kesmua gambar Intan di atas kapal berkenaan dilihat telah pun bertudung. 

Penampilan Intan Ladyana ini membuatkan rata-rata para peminatnya amat teruja dengan perubahan ke arah kebaikkan yang dilakukan oleh Intan Ladyana.  

Ini merupakan komen dari para peminat setianya:  

“Wow, dah berhijrah ke, cantiknya Intan Ladyana pakai tudung.”  

“Syukur sangat, semoga Intan akan terus istiqomah dan berbahagia selalu di samping suami dan juga baby.” 

Ramai juga yang memuji kecantikkan dan kecomelan Intan memakai tudung. 

“Wah comelnya isteri kamu ni Harris, semoga akan terus kekal pakai, amin.” 

Sehingga kini, masih tiada lagi kenyataan lanjut dari kedua dua pelakon ini tentang penghijrahan Intan ladyana dah memakai tudung itu. 

Untuk info, Intan Ladyana dan Harris Alif bernikah pada tahun 2021, dengan perbezaan umur sebanyak 17 tahun, namun tetap kelihatan sama cantik dan juga sama padan. 

Intan Ladyana telah pun selamat melahirkan anak pertama mereka pada bulan January 2022 yang diberi nama Eviee Khadeeja.