Mommy, are you okey? Peminat risau lihat caption terbaru Mas Idayu

1,069 views

Tanggal tarikh 16 September, penyanyi terkenal, Mas Idayu telah pun selamat bergelar isteri kepada penerbit dari TV3 bernama Sufian Isa. 

Perkahwinan mereka berdua mendapat liputan ramai apatah lagi setelah 15 tahun Mas Idayu hidup secara solo. 

Kini dah genap usia perkahwinan pasangan ini, namun Mas Idayu ada muatnaik satu status yang membuat ramai tertanya-tanya. 

Dari laman IG miliknya, Mas Idayu ada upload satu video seorang wanita sedang interview. Dari video itu, wanita berkenaan dilihat seakan kuat dan mengatakan dirinya okey tetapi jelas apa yang tersirat ialah dia amat sedih. 

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah paparan serta caption yang ditulis oleh penyanyi ini. 

“Berselindung di sebalik senyuman dan juga tawa, saya kini okay.” Itu yang ditulis oleh Mas Idayu. 

Video dan juga caption itu membuatkan ramai pengikutnya yang bertanya di ruangan komen, apa yang berlaku, dan adakah Mas Idayu okey. 

Ramai juga yang mendoakan agar Mas Idayu yang lebih mesra di sapa dengan nama mummy itu agar semuanya okey saja dan terus kuat. 

Quinsha Dressmaker menulis: “Itulah antara kekuatan dalaman wanita ni, selalu saja okey walaupun kadangkala tak okey. Kena kuat ye dengan semua ujian. Manusia memang diuji.” 

“Mummy okey ke, sabar ye mummy.” Tulis seorang lagi netizen. Jika dilihat ada beberapa komen yang bertanya adakah mummy Mas Idayu okey.

Individu bernama Ismailbinmam menulis: “Tak ada manusia tanpa ujian, semoga mommy terus bahagia dengan keluarga, amin.” 

Dengan ramai yang mendoakan mummy Mas Idayu, harapnya semua okey dan baik-baik saja. 

Itulah sedikit perkembangan tentang Mas Idayu, yang amat terkenal dengan kelantangan semasa menjadi juri. 

Sehingga kini, belum sebarang kenyataan lanjut dari Mas Idayu mengapa dia muatnaik video beserta caption berkenaan.