“Comelnya baby bump” Peminat nampak baby bump Oktovia Manrose?

2,503 views

Antara keluarga yang banyak terlibat dalam industri seni sekitar 10 tahun ini ialah family dari Senrose dan juga Manrose. 

Adik beradik Senrose terdiri dari Uqasha, Nelydia dan Raysha Rizrose, manakala adaik beradik Manrose ialah Oktovia dan juga Aprena. 

Kelima lima pelakon ini memang mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri dan sebelum ini banyak mewarnai drama-drama di kaca TV. 

Di tahun 2022 ini, satu persatu mereka mula berhijrah dan memakai tudung. Nelydia Senrose, Aprena Manrose dan juga Oktovia Manrose kini dah pun bertudung sepenuhnya. 

Kali ini kami ada berita tentang pelakon Oktovia yang merupakan kakak kepada Aprena Manrose. 

Sejak mengenakan tudung ni, Oktovia dilihat telah membuat perubaha diri dan anjakan ke arah yang lebih baik. 

Baru-baru ini Oktovia ada hadir ke majlis ilmu bersama ustazah terkenal ialah Ustazah Asma Harun. 

Oktovia hadir ke majlis ilmu itu bersama adiknya Aprena.  

Apa yang menarik perhatian ramai ialah gambar yang disertakan oleh Oktovia sendiri di laman Instagram miliknya. 

Rata-rata peminatnya ternampak bahawa Oktovia seakan dah ada baby bump. 

Makanya, di ruangan komen, ramai yang bertanya tentang hal ini kepada Oktovia. Ini antara komen yang ditulis. 

“Eh nampak macam dah ada baby bump?” 

“Oktovia, baby bump ke tu. Comelnya dia.” 

“Sejuk mata memandang penampilan Oktovia, by the way tu baby bump ye. Kalau betul syukur.” 

Dari foto dari adiknya Aprena, ada beberapa foto yang menutup bahagian perut Oktovia Manrose, mungkin tidak mahu terlalu open tentang kisah ini, selain dari Oktovia sendiri. 

Apapun, Oktovia Manrose masih tidak menjawab pertanyaan dari para peminatnya itu, mungkin bila dia dah sedia kelak.  

Untuk info, Oktovia Manrose baru saja mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilhan hati, pemain bola sepak bernama Efsan pada bulan Disember 2021.