“Saya tak boleh nak maafkan awak” Perkembangan terkini Bella Astillah

120,768 views

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz telah mendedahkan satu kejadian yang sedang berlaku kepada dirinya. 

Bella akui baru-baru ini telah dimasukkan ke hospital dan ianya adalah kerana Bella terkena sakit kepala yang begitu teruk. 

Menerusi satu laporan dari program hiburan Melodi, Bella berkata dia juga kemungkinan akan jalani pembedahan jika tidak pulih. 

“Kini saya bergantung kepada ubat dan jika tak baik juga, maka terpaksalah saya jalani pembedahan. Doakan saya ye.” 

Selain itu, Bella Astillah mendedahkan dirinya telah alami gangguan dan kini telah pun meminta bantuan dari ustaz dan ustazah untuk merawatnya. 

“Memang saya dah jarang upload di Instagram kerana sekarang ni saya kurang sihat. Saya mula berubat dan ada mohon bantuan dari ustazah untuk datang ke rumah.” 

“Saya husnuzon, sangka baik selalu. Mula hanya pergi klinik saja tetapi saya tak juga sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita dah jadi lain. Jadi mudah marah-marah.” 

Pendedahan seterusnya ialah anak keduanya iaitu Ara Adreanna ada meracau dan menjerit tak henti antara pukul 2 sampai 4pagi hampir setiap hari. Hal ini turut diajukan kepada doktor namun anaknya tiada masalah kesihatan. 

“Anak kedua saya setiap hari di waktu malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan jerit-jerit, dia pun ada menangis dan meracau yang tak henti. Masalah ini setiap hari. Oleh itu saya ikhtiar.”  

“Memang ada sasa tak boleh nak kerja, badan rasa sakit-sakit. Setiap hari saya mimpi ular. Saya mengadu kat ibu saya dan ibu saya cakap jika mimpi ular buat orang belum berkahwin bererti ada orang nak masuk meminang tapi kau dah kahwin.”  

“Saya tidak pernah pun ada terfikir tentang sihir menyihir ni.” 

Kerana beberapa kejadian yang menimpa Bella Astillah mengambil keputusan memanggil ustazah. 

“Saya minta ustazah untuk datang dan bawakan air Zam-zam dan saya bercerita. Itu hal yang tak baik kerana saya mimpi secara berturutan.” 

“Mimpi saya ada ular yang besar, ular yang terputus, dan anak saya iaitu Ayden ada memegang ular itu. Saya berterima kasih kepada ustaz dan ustazah yang datang ke rumah saya.” 

Bella Astillah kini mengambil keputusan untuk tak muatnaik gambar bersama kerana mahu berhati hati. 

“Kita jangan nak menunjuk. Ramai soal sama ada saya dan Aliff ada bergaduh kerana dah tak kongsi gambar bersama. Sebenarnya saya nak elak perkara sebegini.”  

“Saya jadi gusar nak kongsi gambar berdua dan juga foto anak-anak. Boleh upload tetapi tak banyaklah lepas ni. Saya nak berhati-hati dan jaga diri.” 

“Syukur sangat, alhamdulillah Aliff pun faham, dia pun nak berubat. Aliff cakap dia nak hidupkan suasana rumah itu dengan selalu solat jemaah, mengaji sama-sama. Sekarang saya dah okey.” 

“Jika tak, nak solek dan tengok kat cermin pun rasa tak larat, berdebar macam nak anxiety namun saya rasa lebih macam seram sejuk. Ini pertama kali terjadi dan saya harap ini juga yang terakhir.” 

Bella Astillah menambah, jika ada yang iri hati dengannya sehingga sanggup nak menyihir dirinya, dia tak akan maafkan. 

“Jika betullah niat awak macam tu, saya rasa kasihan kat awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya teramat kecewa, dan rasa susah nak maafkan awak kerana apa yang awak buat ni amat besar kesannya kepada rumah tangga saya.” 

“Syukur sangat mungkin atas berkat anak-anak, saya dan Aliff pertahankan rumah tangga kami. Maaf saya katakan saya tak boleh nak memaafkan awak.” 

Itulah pendedahan dari Bella Astillah tentang isu ini, semoga Bella dan Aliff Aziz serta anak-anak sentiasa dilindungi dan sihat selalu.