“Kemungkinan tisu bahagian bahu koyak” Ashraf Muslim dikejarkan ke hospital

1,287 views

Pelakon Ashraf Muslim telah dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Terengganu selepas terlibat dalam satu insiden dua hari lalu. 

Ashraf Muslim telah terjatuh kerana ditendang oleh kuda dalam satu event. 

Pelakon berumur 41 tahun ini pada mulanya telah ditendang oleh kuda yang ditunggang oleh rakannya. Ini menyebabkan kudanya telah tersadung dan juga terjatuh. 

Ashraf Muslim yang mengadu kesakitan lantas dibawa ke hospital di Kuala Terengganu dan menerima rawatan di sana. 

Syukur, tiada kecederaan serius yang dialaminya, hanya kecederaan ringan saja di bahagian bahu. 

Ashraf Muslim kemudian dibenarkan keluar dari hospital dan kini telah melanjutkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula. 

Melalui satu kenyataan, Ashraf Muslim mengatakan dia tidak serik dan tetap akan kembali bersukan menunggang kuda. 

“Pertama kena tendang kuda orang lain, dan keduanya kuda tunggangan saya pula terpelecok dan terjatuh. Apapun ini moment yang best juga, dan saya akan tetap kembali.” 

“Terima kasih semua yang telah pun mendoakan saya. Syukur kesakitan pada bahagian bahu dah pun rasa kurang sikit. Semalam saya telah dibenarkan pulang setelah menerima rawatan di hospital di Kuala Terengganu.” 

“Kepada yang membantu saya, terima kasih. Pihak perubatan untuk event juga mesra dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu memang cekap dan amat teliti. Terima kasih doktor dan nurse. Pihak penganjur juga amat baik dan prihatin kepada saya.” 

“Tak ada peluang saya untuk habiskan 40km tunggang kuda, namun dengan semangat yang ada, saya akan mencuba lagi nanti.” 

Ini tentang perkembangan terkininya yang masih dirawat sebagai pesakit luar di PPUM. 

“Nasib baiklah tak ada mana-mana yang patah. Biasalah adat bersukan, tak sakit tak perlu bersukan. Kalau tak mahu sakit tu janganlah join bersukan.” 

“Sekarang saya di PPUM sebab kemungkinan tisu di bahagian bahu saya ni koyak.” 

“No pain no gain, kena tunggu satu bulan lagi, bila dah pulih nanti, barulah saya akan kembali menunggang semula.” 

Itulah update dari Ashraf Muslim.