Chef Wan sahkan ibu meninggal dunia awal pagi tadi

1,615 views

Datuk Redzuan Ismail atau lebih sinonim dengan panggilan Chef Wan mengesahkan satu berita duka apabila ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Che Ani telahpun menghembuskan nafas terakhirnya. 

Che Ani pergi buat selamanya sekitar jam 5 pagi tadi, hari Khamis bersamaan dengan 12 Januari 2023. 

Ibu Chef Wan ini berusia 93 tahun ketika menghembuskan nafas terakhirnya. 

Sebelum ini, Che Ani telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selama 10 hari kerana komplikasi dari kanser yang dihidapi olehnya. 

Ini kenyataan dari Datuk Chef Wan.  

“Ibu saya sudah meninggalkan dunia ini pada pukul 5 pagi tadi.” 

“Dengan rasa sangat berduka, ibu tersayang telah pergi buat selamanya secara tenang dalam tidurnya di hospiyal Gleneagle pagi ini.” 

“Semoga rohnya akan aman dan diampunkan segalanya serta ditempatkan di kalangan orang yang beriman.” 

Chef Wan berkata setelah berbincang dengan keluarga, semua urusan pengebumian akan dilakukan di Cyberjaya. Chef Wan juga berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan ibunya. 

“Solat jenazah dan majlis pengebumian akan diadakan di Masjid Putra Putrajaya dan di tanah perkuburan Cyber 10.” 

“Diucapkan banyak terima kasih di atas semua doa kepada ibu saya. Al Fatihah.” 

Chef Wan, 64 tahun, akui sebelum ini, doktor ada beri nasihat untuk membawa ibunya itu pulang namun risau kerana tidak dapat menjaganya dengan baik di rumah. 

“Sebelum ni, doktor ada kata kat saya untuk bawa ibu pulang ke rumah, dia akan lebih selesa di rumah saya.” 

“Namun jauh di hati saya ni memang masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif yang paling baik.” 

Untuk info, sebelum ini Cheg Wan ada mengatakan ibunya menghidap kanser dan juga penyakit kurang ingatan iaitu Alzheimer dan juga dementia. 

Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga dan mari kita doakan buat arwah Che Ani atau Noraini Abdullah, Al Fatihah.