Gara-gara ucap tahniah kepada Syamsul Yusof, habis Shuib Sepahtu kena, sampai ada boikot

2,798 views

Pelawak yang juga usahawan Shuib Sepahtu telah terkena tempias apa yang berlaku kepada Syamsul Yusof. 

Ini semua gara-gara tindakan Shuib Sepahtu memberi ucapan tahniah kepada Syamsul Yusof di atas pernikahannya dengan isteri kedua iaitu Ira Kazar. 

Melalui satu komen di Ig, Shuib memberi ucapan tahniah: “Syukur alhamdulillah, tahniah Syamsul Yusof.” 

Ini komen dari Shuib kepada Syamsul Yusof. 

Melihat komen berkenaan, ada pihak yang mula rasa kurang senang dengan tindakan Shuib yang diibaratkan umpama menyokong Syamsul Yusof, berkahwin kedua tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Puteri Sarah. 

Dek kerana itu, ada orang di luar sana yang tak berkenan sehingga meminta Shuib diboikot. 

Melihat ada pihak yang tak senang dengan komen berkenaan, Shuib tampil memberi kenyataan. 

“Saya tak perlulah nak mempertahankan kerana saya rasa lama kelamaan orang akan faham juga apa yang saya dah komen itu.” 

“Komen tu berdasarkan perkara baik yang sedang berlaku ketika itu. Jika perkahwinan itu tak jadi pun, ia mungkin baik pada sebelah pihak tetapi tak kepada pihak yang satu lagi.” 

Namun begitu, Shuib berkata tak perlulah orang di luar sana terus nak menghukum dirinya gara-gara komen tersebut. 

“Tetapi janganlah nak sampai jatuhkan hukum sehingga ada istilah nak boikot saya dan macam-macam lagi. Saya tidak faham. Mengapa nak buat sampai macam tu, saya buat salah apa? Ada yang tulis inilah kuasa wanita.”  

“Masa itu saya dah terfikir ini dah teremosi dah ni. Cuma kita sebagai orang luar, hanya doakan yang baik-baik. Jangan pula nak menambah-nambah.” 

Shuib mengatakan komen itu dah pun dibaca oleh Syamsul Yusof.  

“Dia pun ada beri respon, dia pun ucap terima kasih. Saya beritahu dia, semoga Allah permudahkan urusan awaknya. Saya sebagai lelaki, memang tak mahulah kalau kawan-kawan kita ada masalah rumah tangga.” 

“Lebih seronok untuk kita tengok kawan kita diulit bahagia dan hidup secara harmoni.” 

“Cuma itulah, khuatri juga sekarang ini, bila melibatkan soal emosi itu memang berlebihan. Apatah jika libatkan kaum wanita.” 

Tentang kahwin lebih dari satu, Shuib Sepahtu mengatakan hal itu memang boleh namun kena tanya diri sendiri sama ada mampu atau tidak terutama untuk berlaku adil.