Syamsul Yusof akhirnya buat satu lagi video setelah Puteri Sarah mendedahkan bahawa dirinya dah kena block dengan Syamsul selama lebih kurang satu tahun lamanya.
Menjawab mengapa dirinya block Puteri Sarah, Syamsul mengatakan dia berbuat sedemikian kerana isterinya iut sering naik angin ketika berbicara atau ketika berhubung melalui telefon serta mesej.
Tidak mahu bertambah serabut dan semakin melarat, Syamsul Yusof bertindak block nombor phone Puteri Sarah.
Syamsul kemudian memberitahu dia dan Puteri Sarah berhubung melalui perantara iaitu ibunya, ibu mertua dan juga adiknya.
Semua kehendak yang dimahukan Puteri Sarah sentiasa ditunaikan oleh Syamsul melalui pihak perantara itu.
Melihat komen dari suaminya itu, Puteri Sarah telah memberi sedikit respon balas.
Melalui satu hantaran di instastory, Puteri Sarah mengatakan suaminya itu hanya play victim dan memutar belit cerita saja.
Ini tulis dari Puteri Sarah.
“Pusinglah cerita tu selagi masih boleh. Tak mengapa lah, saya nak minta lepas dah pun. Jangan pula lepas ni psuing cerita cakap yang Sarah meminta untuk dilepaskan sangat, saya tak mahu. Selama ni saya amat sayang dia.”
“Cukup cukuplah drama jadi mangsa keadaan dan selalu menyalahkan. Selamat malam semua.”
Ini status yang di muatnaik oleh Puteri Sarah Liyana.
Puteri Sarah Liyana kini dilihat sedang bekerja ketika ini, menjayakan sebuah penggambaran dan hanya muatnaik status berkenaan setelah selesai habis scene nya.
Sebelum ini, Puteri Sarah meminta suaminya itu untuk melepaskan dirinya dan mengatakan Syamsul Yusof tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
Pasangan ini telah bernikah pada tahun 2014 dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dikurniakan anak bernama Syaikhul 6 tahun, dan Sumayyah, 4 tahun.