“Saya kerja makan gaji saja, semua terpulang pada Astro” Jihan jawab hos Gegar Vaganza

3,506 views

Elly Mazlein atau Kak Lina, telah berjaya memikat ramai pihak ketika menjadi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan GV9. 

Kak Lina Pompom menggantikan Jihan Muse yang ketika itu cuti bersalin anak keduanya. 

Oleh kerana telah berjaya memikat hati penonton, ramai juga yang meminta untuk kak Lina terus saja menjadi pengacara rancangan berkenaan. 

Gayanya yang bersahaja dan sentiasa memberi kelainan telah berjaya membuatkan Gegar Vaganza amat meriah dengan telatahnya. 

Kini ramai yang mula tertanya tanya, sama ada Gegar Vaganza akan kembali kepada Jihan Muse atau pun Kak Lina akan teruskan saja. 

Jihan Muse pun nampaknya dah kembali aktif dalam bidang pengacaraan setelah berehat panjang. 

Ditanya tentang rancangan Gegar Vaganza, Jihan Muse berkata, dia hanay serahkan semuanya kepada pihak pengurusan Astro. 

Sama ada dia akan kembali jadi pengacara atau pun tidak, semuanya bergantung dan terpulang kepada pihak Astro. 

Jihan akur kerana dia hanyalah seorang pekerja saja. 

“Saya tak berani nak cakap banyak sebab itu semua merupakan keputusan dari pihak Astro. Jika mereka rasakan itu lebih baik, ini kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk program tersebut termasuklah dari segi rating tontonan.” 

“Kita ni nak cakap apa, kita kan hanya kerja makan gaji. Kalau mereka kata masih perlukan saya, kita pun buat. Saya positif saja sebab bagi saya, rezeki itu akan ada, semua dengan keizinan darinya.” 

Semasa bercuti dan tak dapat jadi pengacara Gegar Vaganza, Jihan Muse akui individu yang paling sesuai menggantikannya ialah Sherry atau pun Kak Lina saja. 

“Saya memang dah agak kalau tak Kak Lina, Sherry akan ganti saya. Apabila saya tengok Kak Lina terpilih saya gembira dan program itu memang berjaya.” 

“Jujur saya cakap sebagai penonton, kita pun nak tengok benda yang baru. Semua penonton dapat berhibur dan saya rasa GV9 memang yang paling best.” 

Tentang keadaan terkininya, Jihan Muse dah kembali aktif, namun meletakkan family sebagai keutamaan. 

Kata Jihan Muse, dia akan terima dan buat sesuatu kerja itu jika tak mengganggu aktiviti bersama keluarganya.