“Siapa suruh jadi isteri nombor dua, kan dah kena”

2,808 views

Rasanya ramai yang kenal dengan nama Shikin Maembong, kakak kepada pelakon terkenal Emma dan Chacha Maembong. 

Dah lama tak dengar kisah tentang Shikin Maembong, dan baru ini, Shikin ada membuat luahan hati tentang kehidupan sebagai isteri kedua. 

Dikhabarkan selepas berpisah dengan Chef Riz, anak Datuk Chef Wan, Shikin Maembong telah berkahwin lain, sebagai isteri kedua. 

Menerusi satu video, Shikin Maembong bercerita pengalamannya menjadi isteri nombor dua. 

Sebagai isteri kedua, Shikin mengatakan memang banyak hal yang terpaksa diuruskan dirinya sendiri. 

Malahan ada hal istimewa pun terpaksa dilalui sendirian, maklumlah, suami ada dua keluarga, dan perlu melayani kedua dua orang isterinya.  

“Siapa suruh jadi isteri nombor dua, kan dah kena marayap dalam pusat beli belah sorang diri.”  

“Hari lahir pun sambut sorang diri di rumah. Tidak ada hadiah, tidak ada apa-apa. Hidup bertiga saja bersama maid je kehulu kehilir.” 

Shikin juga menambah, dia pun pergi ke hospital sendiri dan hanya akan bercuti dengan adik beradiknya.  

“Jika saya jatuh sakit pun akan sorang-sorang drive kereta pergi ke hospital. Lepas tu, saya bercuti pun dengan anak dan dengan adik beradik saja yang mampu.” 

 Sepanjang perkahwinan, Shikin Maembong berkata dia tak pernah solat dengan suaminya itu.  

“Sungguh pun madu terima, tetapi harus kena mengalah jika suami tak balik rumah.”  

“Saya solat tak pernah berimamkan suami. Semasa pindah rumah pun hanya saya urus sendiri.”  

“Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, akhirnya saya tetap kena cerai juga.” 

“Siapa yang suruh, kan dah kena tinggal.” 

Dari kenyataan serta komen, Shikin Maembong mendedahkan dia bergelar isteri kedua kepada seseorang yang tak mahu disebut namanya. 

Namun perkahwinan berkenaan hanya mampu bertahan selama dua tahun saja, dan Shikin Maembong telah pun berpisah.