Selepas berkahwin dengan Fatin Afeefa, nama Aliff Awang yang lebih mesra disapa Opai seringkali menjadi topik bualan.
Ada saja isu yang timbul melibatkan suami kepada Fatin Afeefa ni, maklumlah Opai ni pun jutawan muda.
Sejajar dengan label jutawan yang dimiliki, Opai pun akui dia seorang yang amat gian untuk mencari pendapatan.
Maka sesuailah juga dengan minatnya yang suka membeli belah.
“Saya ada satu gian iaitu 0bses untuk shopping, membeli-belah. Kadangkala rasa saya ni macam seorang shopaholic.”
“Setiap bulan dah cuba berjanji tak nak dah shopping. Tetapi, bila sampai shopping mall saje terus hampeh. Dari hanya nak beli satu, terus habiskan seribu je hari ini.”
“Ubat ataupun penawar kepada benda gian ini mudah saja iaitu kau kena gian juga nak buat duit lebih banyak dari kau belanja.”
Apabila muatnaik caption berkenaan, memang banyak komen yang diterima oleh Opai ni.
Namun apa yang menjadi perhatian ialah satu komen dari seorang wanita dari Russia bernama Kristina.
Kristina dilihat mencuba nasib mahu memikat Opai dan mengatakan dia lebih baik dari isterinya iaitu Fatin Afeefa.
Ini tulis Kristina di ruangan komen: “Hi Opai, saya ni masih lagi single, bujang dan belum yang punya. Saya dari Rusia dan saya juga adalah lebih baik dari isteri kamu.”
Opai ada terlihat komen berkenaan lantas terus menulis bahawa isterinya adalah lebih dari Kristina kerana beragama.
Melihat Opai ada membalas komennya, Kristina lantas muatnaik satu video menunjukkan dia sedia untuk berubah dan memakai hijab. “Isteri saya ni jannah partner.” Tulis Opai.
Ini pula tulis Kristina: “Wanita yang mengenakan tudung lebih baik dari isteri kamu.”
Melihat kepada akaun Kristina, dapat dilihat wanita ini memang berasal dari Russia dan menetap di Malaysia.
Ini antara sedikit gambar wanita bernama Kristina ini.
Apapun, ramai juga yang salute dengan Opai yang terus mempertahankan isterinya, Fatin Afeefa walaupun ada pihak yang cuba nak carasnya.