Kenyataan penuh Ruhainies isu Aliff Aziz, Bella Astillah

333 views

Buat pertama kali, Ruhainies, 31 tahun, telah berdepan dengan pihak media secara terbuka malam tadi. 

Pelakon ini menghadiri satu majlis rumah terbuka sambutan hari raya dan telah menjawab persoalan dari para wartawan ekoran hubungan dan juga kisahnya dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. 

Sememangnya orang ramai menunggu temubual dengan Ruhainies terutama setelah Bella Astillah dan Aliff Aziz telah buat kenyataan. 

MASIH BERHUBUNG DENGAN ALIFF AZIZ KE? 

Beberapa soalan diutarakan kepada Ruhainies antaranya ialah sama ada masih lagi berhubung dengan Aliff Aziz. 

Kata Ruhainies, ketika ini dia dah tak lagi berhubungan dengan Aliff Aziz. 

“Tiada lagi keperluan saya untuk berhubung dengan dia.” 

“Dah tak ada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak mengeruhkan lagi keadaan. Saya pun nak tutup buku.” 

DAKWAAN KOMPLOT JATUHKAN BELLA 

Ruhainies berkata, dia tak perlu untuk pertahankan dirinya apabila timbul dakwaan bahawa dia dan Aliff ada rancangan tersendiri untuk menjatuhkan Bella. 

Oleh itu, dia memilih untuk berdiam saja kerana tak mahu hal ini berpanjangan lagi. 

“Dakwaan tu pendapat siapa? Ianya bukan dari saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap saya yang buat.” 

“Benda ini semua diluar kawalan saya. Saya tak mahu nak menegakkan apa-apa lagi.” 

ADA HUBUNGI BELLA ASTILLAH? 

Tentang hal ini, Ruhainies berkata, Bella dah tentunya sedia maklum akan permohonan maafnya kepada isteri Aliff itu. 

Ruhainies sebelum ini ada menulis meminta maaf kepada Bella Astillah melalui Ig story dan juga satu kenyataan di rancangan Melodi.  

“Tiada berhubung. Saya pun dah minta maaf, dia pun dah maklum, melalui kenyataan di Melodi, itu je lah.” 

“Saya takdelah nak memaksa dia untuk memaafkan, sebab semua ada pendapat masing-masing.” 

TENTANG SARAH YASMINE 

Bercakap ringkas tentang Sarah Yasmine, Ruhainies berkata dia dah pun memainkan peranannya untuk selesai isu di antara mereka berdua. 

“Macam mana nak cakap, untuk part saya, dah selesai sebab saya dah minta maaf. Kalau pihak sana nak buat apa itu diluar kawalan saya.” 

MAHU MOVE, BUKA BUKU BARU 

Ruhainies menegaskan lagi dia mahu menutup isu ini dan tak mahu ianya berpanjangan lagi. 

Katanya kini dia fokus pada kerjayanya saja.  

“Kalau saya terus menerus keluarkan kenyataan, saya tak mahu komen lebihlah, nanti ianya tak habis. Lagi pun benda ni dah berlarutan lama, dah dua bulan.” 

“Saya nak tutup buku ini, harapnya saga ini akan berakhir.” 

“Fokus saya sekarang dah tentu pada karier. Apa yang boleh saya katakan saya tak mahu panjangkan lagi isu ini.” 

Ini video penuh temubual Ruhainies kepada pihak media malam tadi. 

Ruhainies sebelum ini ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz beberapa hari sebelum Ramadhan. 

Kemudian, wanita bernama Sarah Yasmine telah tampil memberi bukti tangkap layar perbualan di antara Ruhainies dan Aliff Aziz yang telah menjadi bualan ramai.