Jenama tudung Aidijuma memang terkenal kat Malaysia ni. Pemilik jenama berkenaan ialah Datin Che Puan Norjuma Habib.
Sebenarnya dah lama juga tak dengar cerita tentang Norjuma ni, ramai kata dah menghilangkan diri.
Semalam Norjuma, 43 tahun, dilihat telah di interview oleh sebuah majalah terkemuka iaitu Nona, dan membicarakan kisah terkini dirinya.
Beberapa pertanyaan telah ditanya kepada Norjuma dan ini temubual berkenaan.
Soalan Pertama : Kenapa Norjuma Hilangkan diri? Mengapa tiada laman media sosial?
“Saya tidak hilang ke mana-mana pun. Yang pertamanya, saya selalu saja ditangkap polis. Yang kedua, saya ambil masa untuk study industri setelah 13 tahun.”
“10 tahun dalam industri ni, kami dah capai nilai penjualan lebih dari setengah juta. Kalau dah ada duit banyak macam tu, tak ada point pun untuk saya terkejar kejar nak ada media sosial, mahu pergi ke hulu ke hilir, saya dah pun buat semua tu. Saya nak masa sendiri.”
“Memang saya perlukan masa sendiri, oleh itu ambil masa 2 hingga 3 tahun rehat dan berfikir. Tumpu perhatian pada family, kepada orang yang saya cinta.”
“Tetapi lepas some time, kini saya rasa, lets refresh semua orang, berkenaan produk saya, rekaan saya. Kebanyakkan design di pasaran memang idea saya.”
Soalan Kedua : Kenapa tiada sosial media?
“Jawapannya, saya memang tak ada talent dalam sosial media. Bukannya tak nak, tapi memang tak pandai. Untuk sosial media ni kena ada bakat, kerajinan. Perlu layan pengikut, kena buat content, saya pun tak pandai nak create sebarang isu.”
Soalan Ketiga : Status terkini dan kisah anak-anak?
“Saya terfikir juga macam mana nak jawab benda ni. Siapa yang patut jawab. Ianya memerlukan dua pihak. Semua tahu saya dengan siapa. Saya bukan ada hubungan dengan orang biasa, bukan dengan artis ke. Jadi tak ada keperluan pun untuk saya jawab.”
“Tentang anak, semua anak lelaki dijaga oleh ayahnya (bekas suami). Saya pun tak minta macam-macam, saya tahu bila saya ada anak lelaki, mereka semua dikatakan properties negara kita.”
“Anak saya lelaki, 17 tahun, 15 tahun, 13 tahun, dorang dah besar, tak nak tau nampak berkepit dengan mak dia, buat malu tau. Bagi anak kebebasan, tak ada sosial media.”
Ini video penuh temubual Norjuma dari Nona.
Datin Che Puan Norjuma kini akan melancarkan koleksi terbaru dari Aidijuma pada tahun ini dan juga muzim scarf miliknya.