Ramai terpikat dengan kecantikkan anak perempuan Datuk Seri Khazrul Elzey

4,742 views

Selepas putus pertunangan dengan pelakon Zarina Anjouli, nama ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey melonjak naik. 

Ramai yang mula nak ambil tahu kisah melibatkan Datuk Seri Khazrul Elzey dan ini termasuklah kisah peribadinya serta ahli keluarganya. 

Akhirnya netizen terjumpa dengan seorang gadis yang dikatakan anak perempuan kepada Datuk Seri Elzey. 

Gadis yang dimaksudkan bernama Syareen. Wanita ini mula jadi tumpuan dek kerana kecantikkannya.  

Jika dilihat dari foto, memang comel dan genit orangnya. 

Kecantikkan yang dimiliki oleh Syareen ini membuatkan ramai yang telah jatuh hati padanya. 

Dahlah cantik, comel, anak orang berada, malahan Syareen ni dikatakan berjaya dalam perniagaannya. 

Syareen merupakan seorang usahawan muda, dan ada memiliki beberapa perniagaan. Antaranya ialah Syareen memiliki kedai kereta. 

Melihat di ruangan komen, ramai jejaka yang mula menaruh hati padanya, malah ada yang mula menulis komen mahu menguratnya. 

Pelabagai komen diberikan kepada gadis yang cantik ini. 

Ini antara komen dari netizen di luar sana. 

“Ayah sihat tak. Jom pergi minum-minum.” 

“Hai bapakku, lama tak jengok bapakku.” 

“Saya akan biasa untuk panggil daddy mual dari sekarang.” 

Ada juga mengatakan wajah Syareen ini memang saling tak tumpah macam ayahnya. 

“Seriuslah ini anak kepada Datuk Seri Khazrul Elzey, comel dan cantiknya.” 

“Wajah dia memang ada iras ayahnya, sama.” 

“Bapanya segak, anaknya pun cantik.”   

Ini beberapa gambar Syareen Datuk Seri Khazrul Elzey.

Dari laporan beberapa portal, dikatakan Syareen kini berumur 27 tahun, namun tidak diketahui sama ada dah berpunya ke belum.