Anak sulung dedah perubahan sikap Rosland Othman setelah bernikah dengan Miera Leyana

12,932 views

Anak kepada Rosland Othman iaitu suami kepada pelakon Miera Leyana akhirnya berbicara tentang kisah ayahnya setelah timbul beberapa isu sebelum ini. 

Menerusi laporan portal Boom, Nur Izzah Rosland iaitu anak sulung Rosland Othman, mengakui bahawa ayahnya memang banyak berubah setelah berkahwin dengan Miera Leyana sebagai isteri keduanya. 

Katanya, Rosland Othman yang dilihat sekarang ni bukanlah seperti mana yang dia kenal selama ini. 

Antaranya, ayahnya dah lama tak balik ke rumah, malahan ayah juga telah kena sekat nombornya setelah bertanya soalan kepada ayahnya. 

“Dulu dia merupakan seorang ayah yang amat rapat dengan kami, sekarang ni dah hampir dua tahun dia tak balik ke rumah.” 

“Malah, whatsApp saya juga telah disekat olehnya. Ini setelah saya mesej tanya mengapa ambil adik saya, Anisa tanpa pengetahuan kami.”  

Selain itu, Nur Izzah Rosland juga akui bahawa ayahnya memang hanya akan memberi nafkah sekiranya ada resit saja selain tidak memberi nafkah kepada ibunya. 

“Nafkah anak-anak biasanya dibayar kalau ada resit pembelian saja, dah tentunya tindakan ini telah mengguris hati anak-anak.” 

“Malah, nafkah buat ibu pula telah lama dia culas sejak dia kahwin lain, berpoligami.” 

Nur Izzah kemudian tertnya mengapa ayahnya berubah seperti itu.  

“Mengapa ayah telah berubah? Sudah hilangkah rasa ihsan ayah pada kami semua?” 

Berkenaan punca disekat nombornya, Nur Izzah bertnya mengapa ayahnya ambil adiknya bernama Anisa dari sekolah tanpa diberitahu. Kejadian baru saja berlaku pada bulan Februari 2023.  

Nur Izzah berkata, adik perempuannya itu telah diambil dari sekolah tanpa pengetahuan ibunya. 

Kerana itu juga, ibunya masih kesedihan sebab tak tahu keberadaan Anisa. 

“Cara Anisa diambil itu telah membuatkan kami semua tertanya-tanya, terkejut dan sedih sebab adik saya ni diambil oleh bapa saudara kami iaitu Kamarul Othman.”  

“Mengapa bukan ayah yang ambil sendiri? Mengapa ayah tidak beritahu kami?” 

Ibu Nur Izzah iaitu Adibah Abdul Mutalib merupakan isteri pertama Rosland Othman dan kini sedang dalam perbicaraan kes mahkamah melibatkan suaminya itu. 

Rosland Othman telah menikahi pelakon Miera Leyana pada tahun 2020 dan dikatakan mula tak pulang ke rumah sekitar tahun 2021.