“Lafaz talak tanpa niat” Hafidz Roshdi

1,932 views

Shuhada iaitu isteri kepada Hafidz Roshdi telahpun ke mahkamah untuk menfailkan penceraian baru-baru ini. 

Namun ini sedikit perkembangan tentang kisah Hafidz Roshdi dan Shuhada. 

Hafidz Roshdi dikatakan telah pun membuat satu permohonan iaitu untuk pengesahan lafaz talak satu yang dibuat kepada Nurul Shuhada. 

Pelakon berumur 29 tahun ini membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Shah Alam beberapa hari lalu. 

Dari laporan portal Harian Metro, Hafidz membuat permohonan agar pihak mahkamah dapat meneliti lafaz talak satu itu adakah sah dari segi syarat dan juga dari segi rukunnya. 

 Ini kenyataan berkenaan.  

“Hafidz telah memberitahu kepada pihak mahkamah bahawa lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya dibuat tanpa niat.”  

“Dengan itu, dia telah memohon pihak mahkamah untuk meniliti lafaz cerai berkenaan sama ada lafaz itu adalah sah atau pun boleh menggugurkannya.” 

Dikatakan pihak mahkamah telah pun memberikan tarikh untuk pengesahan lafaz talak satu itu. 

Melihat di ruangan laman media sosial Hafidz Roshdi, pelakon ini dilihat berada di Perlis meluangkan masa di sana. 

Hafidz Roshdi dilihat melayan anak-anaknya iaitu Humairah dan juga Umar. 

Di entry terbaru, Hafidz Roshdi juga ada meletakkan hastag bahawa dirinya kini duda anak dua.  

Diimbas kembali, kisah rumah tangga Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada bermula setelah ada penglibatan dari pihak ketiga bernama Athirah Yuhada. 

Athirah Yuhada juga telah membuat permohonan maaf di atas penglibatannya itu dan telah mengatakan dia sudah tidak berhubung lagi dengan Hafidz Roshdi. 

Namun begitu, Hafidz Roshdi dilihat telah melafazkan ucapan talak satu kepada Nurul Shuhada baru-baru ini dan ianya disaksikan oleh pihak keluarga. 

Dari komen keluarga Nurul Shuhada, Hafidz Roshdi melafazkan talak ke atas Shuhada melalui panggilan telefon.