VIDEO: Anak tertumpahkan pengilat kuku di butik, Tomok kena bayar ganti rugi RM5ribu

25,362 views

Penyanyi Tomok dilihat terpaksa redha setelah berputih mata kena bayar ganti rugi sebanyak RM5,593 ketika sedang shopping.  

Hal ini berlaku setelah salah seorang anaknya secara tak sengaja tertumpahkan cecair pengilat kuku di atas beberapa baju serta beberapa helai seluar. 

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah butik pakaian terkenal di area Garden, Mid Valley.  

Penyanyi berumur 39 tahun ini mendedahkan ketika kejadian dia dan keluarga mulanya berbuka puasa di luar. 

Kemudian pergi mencuci mata untuk membeli barangan sempena hari raya.  

“Saya dan family pergi ke The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, dan kemudia sekitar jam 9.30 malam, isteri saya nak beli seluar.”  

“Namun ada kejadian tak terduga terjadi apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar dan juga baju. Seluar berharga berharga RM1,299. Baju pula berharga RM499 dan RM899. Bukan sehelai tetapi beberapa helai. Total semua kena bayar dalam RM5593. Itu pun dah diskaun.” 

Jelas Tomok di sedar itu merupakan kesalahan dari pihaknya dan sedar kena membayar ganti rugi kerana itu merupakan polisi syarikat butik berkenaan akibat dari pakaian yang sudah terjejas.   

“Saya tak boleh buat apalah, memang saya tak boleh keluar dari kedai ini sebab kena bayar ganti rugi, saya fahamlah, ini memang polisi butik ini. Selepas tolak diskaun semua, saya kena bayar RM5,593.”  

“Tapi saya nak minta tolong semua, saya nak jual seluar ini sebab ini bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya.” 

“Saya tak jual dengan harga full lah, murah sikit, memang ada kotoran, tetapi sedikit saja. Siapa yang mahu bolehlah mesej saya ye.” 

Ini video penuh Tomok di kedai berkenaan. 

Apapun, kisah Tomok ini menjadi teladan buat semua.  

Sikap Tomok juga wajar dipuji apabila dilihat cool saja dan bertenang lantas membayar ganti rugi setelah akui itu merupakan kesilapan dari pihaknya.