Diana Danielle balas semula, jelaskan insiden petik cili “Aurora takut, berminggu menangis”

6,970 views

Hari ini, Farid Kamil mendedahkan bahawa punca utama anak kedua iaitu Aurora tidak diberi kebenaran berjumpa adalah kerana satu insiden berkenaan memetik cili. 

Jelas Farid Kamil, kejadian berlaku apabila Aurora telah pergi ke rumah jiran dan memetik cili jirannya itu. 

Farid Kamil kemudian telah mendenda anaknya itu dengan menyuruhnya pergi ke dinding rumahnya. 

Hal berkenaan di ketahui oleh Diana Danielle dan tidak bersetuju dengan tindakan Farid Kamil itu. 

Jelas Farid Kamil, dia mendenda anaknya itu agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan lagi. 

Selepas kenyataan Farid Kamil itu, Diana Danielle telah tampil memberi sedikit kenyataan tentang insiden berkenaan. 

Jelas Diana, insiden berkenaan bukanlah punca utama dia meminta perpisahan dari suaminya itu. 

Kata Diana lagi punca utama ialah kerana tanggungjawab. 

“Siapa kata kerana insiden itu saya mahu meminta penceraian. Saya dah minta dua hari sebelum insiden memetik cili itu berlaku.” 

“Dia pun tahu, saya minta cerai dua hari sebelum tu dan dia kata silakan. Dia siap suruh saya cepatkan lagi. Tapi kini dia pula berlakon konon confuse.” 

“Tanggungjawan merupakan punca berlaku shiqaq yang berpanjangan.” 

Tentang insiden memetik cili itu, Diana Danielle menjelaskan bahawa anak perempuannya itu yang takut untuk bertemu ayahnya. 

Malah Diana Danielle menafikan telah merancuni fikiran anaknya itu. 

“Insiden petik cili itu masih lagi menghantui Aurora, dia sampai sekarang masih lagi takut nak jumpa ayahnya.” 

“Takkan pula saya nak memaksanya untuk semua orang happy.” 

“Pagi tadi Muhammad kata nak beraya di Kedah tampat ayahnya, tapi Aurora pula kata perlukah dia pun kena pergi.” 

“Aurora dah 8 tahun, dia ada perasaannya sendiri. Dah berminggu dia takut dengan ayahnya. Mungkin bagi Farid hal ini kecil, tetapi bagaimana perasaan Aurora.” 

Malahan Diana juga menjelaskan Farid Kamil naik angin itu bukanlah hal yang kecil sehingga dia pun telah memanggil pihak polis.

Ini kenyataan dari Diana Danielle tentang hal ini. 

Pada minggu ini, Farid Kamil dah pun berjumpa dengan anak sulungnya iaitu Muhammad atau Che Mad namun masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Aurora.