View Chin tampil jawab soalan netizen “Dah lama berpisah dengan Ah Moi”

55,980 views

Ketika ini nama influencer terkenal iaitu View Chin menjadi bualan orang ramai. 

Ini setelah isterinya Shermine Hau Ah Moi mendedahkan kisah sondol menyondol oleh staf nya sendiri bernama Mira terhadap View Chin. 

Jelas Ah Moi dia telah menghidu hubungan antara mereka berdua itu sejak setahun yang lalu terutama ketika dia sedang dalam pantang anaknya. 

Pendedahan dari Ah Moi itu mendapat liputan meluas di laman media sosial. 

Sudah tentu laman media milik View Chin mendapat pelbagai komen dari netizen yang melepaskan geram. 

Tak kurang juga ada netizen yang terus saja mesej secara direct kepada View Chin untuk bertanya hal ini. 

Akhirnya View Chin ada memberi respon balas terhadap satu mesej. 

View Chin menjelaskan bahawa Ah Moi sudah pun dilepaskan sebagai isteri, mereka telah berpisah satu tahun yang lalu. 

Saya dan Ah Moi dah pun bercerai satu tahun yang lalu.” Itu jawapan yang diberikan oleh View Chin. 

Ditanya tentang status hubungan dengan Mira, View Chin berkata dia akan menjelaskan hal berkenaan tak lama lagi. 

Saya akan jelaskan dan terangkan nanti.” Katanya lagi. 

Kemudian View Chin yang diasak secara terus dengan beberapa soalan, telah mengatakan bahawa bekas isterinya itu mendedahkan hal berkenaan kerana isu anak. 

Sekarang ini tentang isu anak, dia viralkan.” Itu sedikit penjelasan dari View Chin. 

Selain itu View Chin juga akui ada bertindak bertelagah dengan Ah Moi dan ianya berlaku ketika berlakunya perintah PKP beberapa tahun lalu. 

Ini antara perbualan antara View Chin dengan seorang netizen yang mesej dirinya. 

Setelah pendedahan dari Ah Moi, View Chin ada memuatnaik rasa rindu kepada anak-anaknya. 

Ah Moi kemudian membidas semula dengan mendedahkan sebelum ini ketika dia keluar bersama rakan-rakan, View Chin tak ada pun mahu bersama anak-anaknya sebaliknya memilik untuk bersama Mira di hotel. 

Tentang status dengan View Chin, Ah Moi juga akui dirinya telah diceraikan setelah View Chin memintanya tanda tangan beberapa dokumen tahun lalu. 

Itulah update terkini tentang kisah View Chin, Ah Moi dan juga Mira.