“Jangan main laki orang, I bagi U kerja bukan bagi laki I” Isteri dedah influencer curang

30,026 views

Satu lagi episod sondol telah menjadi tular di laman media sosial hari ini. 

Ianya melibatkan seorang influncer terkenal dengan pekerjanya sendiri yang video mereka sering tular dengan beberapa content di tempat kerja. 

Kisah ini didedahkan sendiri oleh isteri kepada influencer berkenaan bernama Shermine Hau Ah Moi, setelah lama menyimpan perasaan sendiri. 

Dari beberapa posting, Ah Moi mendedahkan suaminya iaitu View Chin telah bermain kayu tiga dengan salah seorang pekerjanya iaitu Mira. 

View Chin dan Mira sememangnya seringkali membuat content bersama sama dan turut mengadakan sesi live bersama sama. 

Ini antara luahan dari Ah Moi. 

“Akhirnya, tuhan dah tunjukkan dan sudah nampak. Siapa yang jadi penyondol tu sila tanggunglah tu.”  

“Kalau nak main, janganlah nak main dengan laki orang. Bukan tak cantik, janganlah mahu jadi perampas.” 

“I bagi you live, bagi you kerja, bukan bagi you laki I tau. Photo akan up nanti.” 

Ah Moi kemudian telah mendedahkan beberapa bukti kecurangan suaminya itu dan antaar yang dimuatnaik ialah gambar kucupan mesra dari Mira kepada View Chin. 

Selain itu, View Chan juga pergi membeli hadiah sempena hari lahir Ah Moi, namun pergi bersama Mira. 

“Tahun lepas dia pergi beli hadiah untuk saya, rupanya pergi dengan Mira, ingatkan dia sayang dengan saya.” 

Ada juga beberapa foto mesej antara View Chin dan juga Mira didedahkan oleh Ah Moi. 

Selain itu, Ah Moi mendedahkan mereka berdua sudah menjalin hubungan sejak setahun yang lalu. 

Selain itu, Ah Moi turut mendedahkan View Chin telah pergi bercuti bersama Mira ke Bali pada tahun lepas. 

Tak cukup itu, hubungan antara Ah Moi dan View Chin semakin teruk malah dirinya turut pernah dipukul oleh suaminya. 

Ah Moi mendedahkan View Chin telah pun menuntut perpisahan dari Ah Moi dan memintanya tanda tangan dokumen. 

Katanya, View Chin mahu menjadi mualaf dan memudahkannya untuk berniaga dengan orang Malaysia. 

Kini Ah Moi sedang bersembunyi setelah block suaminya kerana ketakutan setelah mendedahkan perbuatan View Chin dan juga Mira.

Video dari View Chin sebelum ini pernah viral melalui lakonannya dengan beberapa watak termasuk dengan isterinya Ah Moi, dengan Mira dan juga watak bernama Anak Dato.