Ini video penuh temubual eksklusif View Chin, jawab segala soalan

7,734 views

Influencer dan ahli perniagaan terkenal View Chin, tampil membuka mulut dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini. 

View Chin menjawab pelbagai persoalan yang dilemparkan ke atasnya setelah bekas isterinya, Shermine Ah Moi mendedahkan kisahnya dengan pekerjanya iaitu Mira. 

Jelas View Chin, dia tak boleh berdiam diri saja dan akhirnya kini tampil membuat kenyataan tentang hal ini. 

“Kenapa hari ini saya tampil beri keterangan, sebab ianya dah effect dan jejaskan kehidupan saya terlalu besar.” 

“Effect family, diri saya, kerja saya, company dan juga kawan-kawan. Jadi saya tak boleh duduk diam saja lagi.” 

“Kalau sentiasa asyik viral, anak saya macam mana. Anak saya pun nak pergi sekolah semula juga.” 

“Saya ni memang jarang cerita pasal personal dan hal peribadi, selalunya hanya pasal kerja saja.” 

Melalui 20 minit temubual ini, View Chin menjawab pelbagai soalan termasuk kisah dengan bekas isteri, kisah dengan Mira dan juga perniagaan yang terganggu dan terjejas dengan agak teruk. 

“Saya pun tak boleh balik office dan tak boleh buat keputusan.” 

“Ada supplier yang nak tarik balik semula product, kerugian belum tahu lagi, dan kerugian mungkin dah lebih lima angka.”  

“Perniagaan ini akan saya hold dulu, sampailah personal saya clear dulu. Lepas tu saya akan teruskan semula.” 

Ini video penuh temubual berkenaan. 

View Chin sempat bercerita keadaaan apabila pulang ke rumah dan melihat keadaan rumah yang sudah kosong. 

“Bila balik rumah, saya tengok rumah saya pun dah kosong, anak saya pun dah tak ada.” 

“Dia pun dah block saya, hanya boleh contact melalui FB messenger saja.” 

“Kunci sudah tukar, sofa perabot semua dah amik, maid saya pun dah tak ada.” 

“Rakannya ada hubung saya cakap anak-anak semua baik, tapi saya tak dapat hubungi mereka, gambar pun tak ada.” 

Itulah perkembangan terkini View Chin.