Puteri Sarah nak rakam perbincangan pada malam tu, Syamsul Yusof tak mahu

3,153 views

Ekoran kemelut yang masih berlarutan, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal kerana tak merakam perbincangan yang pernah dijalankan antara dirinya dan juga suami Syamsul Yusof pada dua minggu lalu.  

Pertemuan antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berlangsung pada 9 April, dan ketika itu Puteri Sarah meminta untuk merakam perbincangan berkenaan supaya tiada hal yang berbangkit kelak. 

Melalui satu pendedahan di laman media sosial, Sarah telah menunjukkan paparan mesej dengan Syamsul, meminta perbincangan itu dirakamkan. 

Mesej berkenaan dibuat sebelum mereka duduk semeja untuk berbincang bersama. 

Namun ternyata ianya tak disetujui oleh Syamsul Yusof.  

“Memang saya rasa menyesal tak teruskan untuk rekod video semasa kami berbincang di malam tu. Saya patut tahu kaki pusing punya cerita. Tak apalah. Dalam bulan Ramadan ini, Allah ada untuk menjaga saya dan juga anak-anak saya.” 

Ini paparan mesej di antara Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof. 

Sarah: “Lepas selesai semuanya kita tulis atas kertas dan serahkan kepada pihak peguam.” 

Syamsul: “Syukur alhamdulillah kita duduk sama-sama untuk bincang.”  

Sarah: “Nak rakam apa semua pun bagus juga takut ada yang tertinggal, tersilap cakap atau menipu ke. Jadi kita rakam lah perbincangan kita tu.”  

Syamsul: “Tak payahlah tu.” 

Sarah: “Saya rasa baik kita rakam untuk simpanan. Atau rakam suara saja perbincangan kita tu.” 

Syamsul: “Rakam apa semua tu tak perlulah. Kita tulis saja di atas kertas.” 

Ternyata cadangan dari Puteri Sarah untuk merekod perbincangan dengan Syamsul pada malam itu telah ditolak oleh suaminya. 

Kini Puteri Sarah benar-benar menyesal kerana tak ada rakaman sebagai bukti tentang apa yang dibincangkan dengan Syamsul Yusof pada malam berkenaan.