“Saya dah jatuh hati padanya” View Chin sedia nikahi Mira

10,309 views

Ahli perniagaan yang juga influencer terkenal iaitu View Chin, 33 tahun, telah ditemu ramah oleh beberapa portal iaitu Chinapress dan juga Kosmo. 

Ketika ditanya tentang status hubungan dengan pekerjanya yang bernama Mira, atau nama penuhnya Amirah Aqilah, View Chin tidak berselindung dan mengakui sememangnya dia mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan. 

Malahan hubungan mereka dilihat ke arah yang serius dan View Chin memang ada merancang untuk nikahi Mira, bersedia menjadi seorang mualaf. 

Ini antara kenyataan dari View Chin tentang hubungan dengan Mira. 

“Sekarang ini saya sudah berstatus single dan saya pun ada merancang untuk berkahwin dengan Mira.” 

Jelas View Chin, dia akui, ketika ini Mira antara individu yang banyak membantunya dan juga team dalam perniagaan.  

Dari apa yang dilihat, Mira memang seorang yang bekerja keras, rajin dan boleh menjadi pasangan yang baik buat dirinya.  

“Mira ni seorang wanita yang amat rajin. Saya begitu kagum dengan dirinya dan saya tak menafikan bahawa memang saya jatuh hati terhadapnya.”. 

Itulah pengakuan dari View Chin tentang Mira seperti yang dilaporkan Kosmo dan juga Chinapress. 

Sementara itu, View Chin juga menyatakan dirinya dah bercerai dengan Shermine Ah Moi pada tahun lalu. 

Ianya setelah Shermine Ah Moi dikatakan curang terhadapnya. 

“Ada beberapa kali ada mesej diterima dari individu yang tak dikenali bertanya sedang buat apa dan pernah mesej ucapan hari jadi diikuti ayat I love you.” 

Setelah berpisah, View Chin berkata bekas isterinya itu telah mendedahkan segala kisahnya dengan Mira kerana mahu menjatuhkan reputasinya. 

“Saya percaya isu ini dibangkitkan adalah berniat untuk menjatuhkan saya. Bukan saja imej peribadi saya tetapi ini juga termasuk imej syarikat saya.” 

View Chin juga menyatakan Shermine atau Ah Moi telah memindahkan barangan rumah tanpa pengetahuannya. 

Ah Moi juga memintanya memecat Mira selain menyuruhnya membuat video pengakuan dirinya sudah curang terhadap Ah Moi. 

View Chin mahu berjumpa dengan Ah Moi untuk berbincang namun bekas isterinya itu enggan.  

Oleh itu, View Chin berkata dia kemudian menghubungi keluarga Ah Moi. 

“Saya ada contact family bekas isteri selepas itu, tetapi mereka pun tak tahu kenapa Shermine bertindak macam tu. Malah mereka juga tak tahu kami dah bercerai.  

Itulah kenyataan dari View Chin tentang hubungan dengan Mira dan juga isunya dengan Shermine Ah Moi.