“Langsung tak kelakar Aliff Syukri, dah kenapa kerjasama dengan penyondol ni” ~Netizen

2,621 views

Malam semalam, ahli perniagaan berstatus jutawan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri telah muantaik satu video yang membuatkan ramai tersentak. 

Aliff Syukri yang juga pernah berlakon dan merupakan penyanyi, telah muatnaik video bersama wanita yang sedang hangat diperkatakan orang ramai iaitu Mira. 

Mira merupakan individu yang dikaitkan dengan rumah tangga View Chin dan juga Ah Moi. 

Melalui video itu, Aliff Syukri dilihat menari sakan dengan Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah Firdaus. 

Di ruangan caption, Aliff Syukri dilihat meminta agar orang ramai tidak tag isterinya iaitu Datin Shahida. 

“Awak semua jangan beri tahu pada wife saya tau. Kami berdua ni saja je ada meeting untuk projek As Hijab. Sebabnya ada banyak koleksi baru nanti yang Mira akan gayakan. Korang semua nak beli tak nanti?”  

Jelas Aliff Syukri, dia akan berkolaborasi dengan Mira yang akan menjadi model untuk koleksi tudung Aliff Syukri iaitu As Hijab. 

Melihat video berkenaan, ramai pengikut Aliff Syukri yang dilihat mula meluat dan menyampah dengan kehadiran Mira bersama Aliff Syukri. 

Ternyata tindakan memilih Mira itu tidak dapat diterima oleh oraang ramai. 

Ada yang berpendapat, orang seperti Mira tak patut terus diangkat kerana merupakan orang yang meruntuhkan perkahwinan orang lain. 

Ramai juga yang berkata mereka akan mula unfollow Aliff Syukri setelah melihat Mira di videonya. 

Ini antara komen dari orang ramai. 

“Sekarang ni saya dah unfollow Dato Aliff Syukri. Mira dah terang terangan melakukan benda tak elok, dan tak ada nampak pun dia nak bertaubat, tak nampak pun nak berubah.” 

“Tak ada perasaan malu langsung nak menari berjoget sakan dengan Dato. Dato nak ambil dia sebagai model tudung, memang tak kena langsung.” 

Ini pula komen dari netizen lain. “Pantang ada perempuan yang jadi viral sikit habis semua dia nak buat video sekali.” 

Memang ramai yang mula unfollow Aliff Syukri. 

“Apa benda lah dia ni, dah settle, done unfollow.” 

“Dah kenapa bekerjasama dengan orang jenis penyondol.” 

“Dia ni memang menggedik. Dengan perempuann macam tu juga kau nak up. Jenis perosak rumah tangga orang lain. Dia buat benda tak elok, tapi Dato nak support juga.” 

Ada juga berkata, Dato Aliff Syukri ni jenis orang yang suka ambil kesempatan untuk memasarkan barangannya. 

“Pandai betul Dato Aliff Syukri ni ambil kesempatan atas orang yang viral, pemasaran bak kata orang.” 

“Ni memang tak kelakar langsung, boleh je buat benda lain sebagai pemasaran, tapi bukan dengan perempuan ni. Dia bukannya mangsa pun, dia yang pilih nak jadi perampas.” 

Nampak gayanya memang teruk juga Dato Aliff Syukri kena hanya kerana mahu mengambil Mira sebagai model tudung keluarannya.