“Aaisyah Dhia Rana selamat jalani pembedahan” Che Ta cerita apa yang terjadi

17,788 views

Pada minggu lalu anak kepada pasangan pelakon Zain Saidi dan Rozita Che Wan, yang lebih mesra disapa dengan nama Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana dilihat telah masuk ke hospital. 

Gambar Aaisyah masuk ke hospital ada dipaparkan di laman media sosial Instagram milik Che Ta. 

Dari gambar itu, Aaisyah dilihat telah pun menjalani satu pembedahan. 

Ramai yang mula tertanya tanya apa sebenanrya yang dialami oleh Aaisyah Dhia Rana yang kini baru berumur 9 tahun itu. 

Akhirnya Che Ta tampil menceritakan punca dan mengapa Aaisyah jalani pembedahan. 

Jelas Che Ta, anaknya itu telah jalani satu pembedahan oleh doktor gigi atau dentist kerana ada sedikit isu di bahagian giginya. 

Aaisyah pada awalnya sering mengadu rasa kurang selesa di bahagian giginya dan setelah pemeriksaan dentist, Aasiyah disahkan mengalami kondisi yang digelar Supernumerary Mesiodens Tooth. 

Kondisi ini ialah berlakunya pertumbuhan gigi berlebihan di kawasan pertumbuhan gigi. 

Ini kenyataan dari Rozita Che Wan tentang kondisi anaknya itu. 

“Sebenarnya mula beberapa bulan lepas, Aaisyah selalu saja mengadu yang dia ada rasa tak selesa di bahagian giginya.”

“Aaisyah ada jalani CT Scan baru-baru ini, dan barulah nampak masalah yang ada tu. Ada juga buat X Ray, memang wujud masalah berkenaan.” 

Kata Che Ta, dentis yang memeriksa mengatakan, kes seperti itu jarang berlaku. 

Aaisyah pun dah jalani pembedahan untuk merawat kondisi Supernumerary Mesiodens Tooth itu. 

“Selepas dipermudahkan, pembedahan telah berjaya pada hari ini. Doktor ada cakap yang kes macam ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah.” 

“Ikutkan cakap doktor, secara umumnya di dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus saja kes yang macam ni.” 

Rozita Che Wan mengesahkan embedahan telah berjalan dengan lancar dan kini Aaisyah sedang berehat selepas pembedahan. 

Procedure ini penting dilakukan agar pertumbuhan gigi kekal Aaisyah akan tumbuh dengan lebih baik dan tersusun. 

Sementara itu, Zain Sain juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan juga menitipkan doa buat anaknya itu.   

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan keadaan Aaisyah Dhia Rana.” 

Itulah sebenarnya yang berlaku kepada Aaisyah Dhia Rana, rehat secukupnya ya Aaisyah, dan semoga semua urusan baik-baik saja.