Emma Maembong buka mulut apabila ramai komen cara dirinya berpantang

1,691 views

Emma Maembong baru saja bersalin anak keduanya pada minggu lalu. 

Nama anak keduanya ialah Shakil Aryan Shah. 

Satu majlis akikah telah pun dibuat untuk anak keduanya ini pada hujung minggu lepas. 

Namun yang menjadi isu ialah apabila ada segelintir pihak yang mempersoalkan segala perbuatan Emma Maembong ketika di majlis berkenaan. 

Antaranya ialah tindakan Emma mendukung anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel semasa dalam pantang. 

Selain itu, cara duduk Emma juga ditegur oleh warga maya. 

Ramai meminta Emma lebih berhati hati dan berehat secukupnya kerana baru saja bersalin. 

Melihat begitu banyak komen yang diberikan kepadanya, akhirnya Emma tampil memberi respon. 

Jelas Emma, dia tak faham mengapa begitu ramai yang tertumpu kepada hal berpantang nya. 

“Saya ni memang tak faham mengapa isu saya berpantang ini beriya iya sangat diperkatakan.”  

“Sampaikan ada yang beriya iya komen sampai marah-marah, macamlah mereka duduk dengan saya, dan tahu sama ada saya ni berpantang atau pun tidak.” 

Emma menjelaskan dirinya okey saja dan semua bergantung kepada badan serta diri masing-masing, untuk cara berpantang. 

“Syukur sangat sekarang saya ni sihat, tak ada sebarang isu pun. Sekarang saya berpantang janganlah risau.” 

“Saya gunakan khidmat berpantang bersama confiment lady, Bonda Care. Saya buat tungku, tangas, pergi urut, bersauna, pakai stokin dan juga pakai bengkung.” 

Jelas Emma Maembong lagi, lain orang lain caranya. 

“Sejak anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada pun koyak dan tak ada pun kena jahit. Saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya itu semua ikut pada badan masing-masing. Kalau jenis manja tak boleh gerak saya sini itu badan korang la kot.”  

“Macam saya ni jenis yang dah biasa berkerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif. Bila aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kena jaga. Manusia kan lain-lain.” 

“Tapi taklah Emma sampai berlari sampai sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain yang lepas bersalin tak boleh nak bangun atau bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang. Bila tengok ada yang komen, saya dulu tak boleh jalan, itu kamulah yang kena kepit.” 

Emma Maembong meminta doa yang terbaik buat dirinya, dan menegaskan lain orang lain caranya untuk berpantang.