Mira masih lagi dengan View Chin, dah sedia jaga anak-anak Ah Moi

12,891 views

Lama tak dengar kisah antara View Chin dan juga Mira, atau nama penuhnya Amirah Aqilah Firdaus. 

Setelah kisah mereka dibongkar oleh bekas isteri View Chin iaitu Ah Moi, Mira dilihat menghilangkan diri buat seketika. 

Malahan ketika raya pun, Mira akui dia tak ada keluar beraya kerana ketika itu isu ini masih lagi jadi bualan ramai. 

Setelah bulan Syawal berakhir, kini Mira dilihat mula kembali mengorak langkah dalam kejayanya sebagai host dan kembali bekerja. 

Baru-baru ini, Mira dilihat ada membuat satu sesi siaran langsung di laman media miliknya. 

Di situ, ada Mira dengan tenang menjawab pelbagai soalan dari orang ramai. 

Antara yang ditanya ialah adakah Mira masih bersama View Chin dan adakah Mira dah bersedia menjaga anak-anak View Chin dan juga Ah Moi. 

Mira berkata dia masih lagi menjalin hubungan dengan View Chin dan dah lama bersedia bergelar ibu kepada anak-anak View Chin. 

“Dah ready ke jaga anak Ah Moi? Mestilah dah ready. Saya dah bersedia dari awal dah guys.” 

“Masih lagi dengan View Chin? Yes masih lagi dengan View Chin.”  

“Bila nak kahwin dengan View Chin? Korang doakan yang baik saja.” 

Buat masa sekarang Mira berkata dia masih lagi bekerja dengan View Chin, namun hanya tak buat live lagi bersama dan meminta semua memberi sokongan kepada View Chin. 

“Masih kerja tetapi tak buat live bersama lagi, personal dengan kerja asingkan.” 

“Korang support la View Chin, lepas tu doakan agar Mira kembali live dengan View Chin.” 

“Mira masih lagi kerja dengan View Chin, tak dibuang pun. Kalau korang nak Mira kembali live semula dengan View Chin, nanti korang bagitau dia, cakap dengan dia, nak Mira balik.” 

Dalam pada itu, Mira berkata juga dia dan Teha, Anak Dato memang amat rapat, dah lama berkawan sebelum bekerja sama-sama lagi di company View Chin. 

“Mira dah kawan dengan Anak Dato lama, dah tujuh tahun sebelum masuk kerja dengan View Chin lagi.” 

Itulah antara intipati sesi live Mira baru-baru ini.