Ummi Nazeera nafi kenyataan dari netizen

2,365 views

Pelakon Ummi Nazeera menjadi tumpuan para peminatnya baru-baru ini setelah memuatnaik beberapa foto dan juga video. 

Ini kerana, ada peminat yang membuat andaian bahawa Ummi Nazeera kini dah kelihatan berisi dan terus menulis komen mengatakan Ummi Nazeera dan suaminya iaitu Dr mohd Izzar, mungkin bakal menerima cahaya mata yang baru. 

Ramai yang tertanya tanya benarkan Ummi Nazeera kini sedang berbadan dua. 

Setelah terlalu ramai yang bertanya, akhirnya tuan punya badan tampil memberi kenyataan tentang hal ini. 

Pelakon berumur 33 tahun ini, mengesahkan bahawa dirinya tidak berbadan dua. 

Ummi Nazeera nafi sedang hamil ketika ini.  

Jelas Ummi lagi, dia masih lagi belum bersedia untuk mendapatkan anak ketiga buat masa sekarang kerana begitu banyak kerja, komtmen serta mahu fokus kepada keluarganya ketika ini.  

Ini kenyataan rasmi dari Ummi Nazeera. 

“Saya tidak mengandung lah. Saya masih lagi belum bersedia untuk timang anak ketiga.” 

“Pengalaman mengandungkan anak pertama dulu memang agak teruk. Namun begitu, semuanya berbaloi, syukur alhamdulillah.”  

“Nak menjaga, membesarkan anak itu, bagi saya bukanlah satu benda mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, kerana itu, saya belum lagi bersedia buat masa sekarang.” 

“Jika boleh, saya nak berikan kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang.”  

“Lagi pula, saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak berikan masa dan cinta buat anak-anak dan sudah semestinya kepada suami saya.” 

Berbeza dengan suaminya, Ummi Nazeera berkata, Izzar dah pun sedia untuk timang anak ketiga, jika ada rezeki.  

“Suami saya, Izzar memang mahukan anak tetapi dia kata, hanya bila saya dah betul-betul ready.” 

Ketika ini pun, Ummi Nazeera akui sedang angambil pil perancang.  

“Kami ada buat family planning. Saya mengaku ketika ini ada ambil pil perancang. Anak pertama saya tak ambil, anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun. Memang ada kemungkinan untuk hamil sebenarnya namun peratusannya rendah.” 

Itulah kenyataan dari Ummi Nazeera yang kini bahagia bersama suami Dr Mohd Izzar dan juga dua cahaya matanya, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.