Pesanan Shila Amzah kepada Ubai, beri gambar dah putus?

2,337 views

Terima kasih di atas kenangan indah selama 5 bulan ini, itulah yang diucapkan oleh Shila Amzah kepada personaliti media sosial iaitu Ubai. 

Ungkapan berkenaan ternyata mencetus tanda tanya kepada orang ramai tentang status hubungan di antara mereka berdua. 

Ini kerana Shila Amzah bagaikan memberi gambaran bahawa hubungan di antara mereka berdua kini dah pun berakhir. 

Shila Amzah telah muatnaik sekeping foto berserta caption yang memberi bayangan kini Ubai lagi bukan kekasih hatinya. 

Kata Shila, dia tetap akan ingat momen bersama Ubai itu sebagai kenangan yang amat indah buat dirinya. 

Shila Amzah juga berterima kasih kerana Ubai merupakan partner yang baik selain seringkali menunjukkan kasih sayang kepada anaknya iaitu Seth. 

Ini caption dari Shila Amzah. 

“Terima kasih kepada kamu di atas lima bulan yang amat indah ini.” 

“Kamu memang merupakan partner yang amat baik, terima kasih juga menyayangi Seth.” 

Shila Amzah kemudian berkata dia mahu yang terbaik buat Ubai, serta mendoakan agar Ubai sentiasa akan mendapat rezeki yang lebih banyak selepas ini. 

“Saya hanya akan mentitipkan doa yang terbaik buat kamu. Saya juga doakan agar kamu akan menerima limpahan serta dimurahkan rezeki selepas ini. Semoga apa yang kamu impikan akan tercapai.” 

“Terima kasih untuk segalanya, saya akan ingat memori kita berdua ii sampai bila-bila.” 

Ternyata caption dari Shila Amzah ini mengundang ribuan persoalan dari para peminat. 

Walaupun masih baru bersama dan menjalin hubungan, kisah antara Shila Amzah dan Ubai ini mendapat liputan media yang luas. 

Peminat juga seakan merestui hubungan mereka berdua yang dilihat seakan saling melengkapi antara satu sama lain. 

Sehingga kini belum lagi ada sebarang kenyataan lanjut dari kedua belah pihak sama ada Shila Amzah mahu pun dari pihak Ubai.