Berpoligami, Uqasha Senrose ingatkan Kamal Adli jangan cakap besar, “Takut berbalik”

2,126 views

Pelakon Kamal Adli ada menjawab pertanyaan tentang isu berkahwin lebih dari satu setelah isu Abang Tesla menjadi tular baru-baru ini. 

Melalui satu video, Kamal mengatakan dia cukup dengan seorang isteri saja iaitu pelakon Uqasha Senrose. 

Kamal Adli, 37 tahun berkata, dia tak akan kahwin lain, apatah lagi dengan adanya Uqasha Senrose sebagai isterinya di sisi. 

“Saya tak boleh nak jadi Abang Tesla, saya ada kancil, rusa, kereta haiwan saja saya ada.” 

“Cukuplah satu isteri, mengapa nak pasang dua, tiga dan empat. Satu ini pun dah cukup membahagiakan, tak perlu lah nak tambah lain lagi.” 

“Cukup saja satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjai.”  

“Kalau nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tidak perlu ada dua atau tiga dah.” 

Melihat suaminya berkata sedemikian, Uqasha Senrose yang berada di sini terus saja menasihati suaminya itu. 

Katanya, tak perlu nak berkata sedemikian kerana khuatir akan datang ujian pada Kamal Adli pula selepas ini.  

Tak apalah, itu kan kehidupan orang lain, biarlah. Jangan cakap besar, nanti tiba-tiba Allah nak uji. Saya tak nak cakap, sebab takut berbalik pada kita semula.” 

Kamal kemudian mengatakan dia bukannya bercakap besar. 

Saya bukan cakap besar, orang tanya saya saja. Sebenarnya saya pun tak kenal individu ni, Abang Tesla ni, tak kenal mukanya, tak kenal isterinya macam mana.” 

Takpelah kita pun taknak masuk campur, kita pun ada rumah tangga sendiri.” 

Kita jadi Abang Coklat lah, nak jual coklat.” 

Kemudian kakak kepada Nelydia dan Raysha ini menambah bahawa dia gemar petikan dari Ustaz Azhar Idrus. 

Saya suka Azhar Idrus punya cakap, dia bagi padu. Tapi tak nak cakaplah, nanti berbalik kat kita pula.” Kata Uqasha. 

Ini videonya. 

Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah berkahwin pada tahun 2021, dan belum ada rezeki menimang cahaya mata.