Ira Kazar tunjuk bakat main gitar dan menanyi

12,551 views

Sejak akhir-akhir ini, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat amat aktif di laman media sosial. 

Sebelum ini, Ira Kazar sering kali memuat naik video menunjukkan kehebatannya memasak di dapur. 

Ira Kazar selalu masak lauk untuk suaminya itu, sehinggakan Ira Kazar telah berkongsi resepi salah satu lauk iaitu sambal sotong. 

Dapat dilihat ramai yang telah mencuba resepi dari Ira Kazar ni, hampir setiap kali ada saja yang muatnaik video mencuba resepi sambal sotong Ira Kazar itu. 

Kali ini, Ira telah muatnaik pula satu lagi kehebatan atau skil nya iaitu bermain gitar dan menanyi. 

Menerusi satu video, Ira yang memakai baju serta tudung serba putih, dilihat lancar untuk memetik gitar sambil menyanyikan lagu. 

“Susah juga untuk tukar chord ni.” 

“Tak hafal lirik pula” 

Ini video Ira Kazar sedang menanyi sambil memetik gitarnya. 

Sememangnya Ira mewarisi bakat dari ayahnya iaitu Kazar. 

Kazar merupakan pelakon terkenal namun beliau juga sebelum ini merupakan seorang penyanyi. 

Antara lagu terkenal dari Kazar iailah lagu berjudul Memburu Impian. 

Jadi macam mana, boleh tahan juga bakat terpendam isteri kepada Syamsul Yusof ni kan. 

Mungkin selepas ni, Ira Kazar boleh cuba buat lagu single pula, mana tahu sukses kan.