Video menari lincah semasa hamil, ini respon Ayda Jebat

34,032 views

Telah tular satu video menunjukkan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 32 tahun, ligat di atas pentas ketika menjayakan satu persembahan. 

Ianya mendapat perhatian kerana Ayda Jebat kini sedang mengandung anak keduanya. 

Dalam usia kandungan sudah pun masuk ke usia 5 bulan, kelincahan Ayda Jebat itu menimbulkan kerisauan orang ramai yang melihatnya. 

Melihat ramai yang menulis komen risau dengan keadaanya, akhirnya isteri kepada Nabil Mahir ini tampil memberi kenyataan. 

Jelas Ayda Jebat, dia sudah mengambil kira semua risiko untuk melakukan persembahan ketika sedang hamil dan semua dalam keadaan terkawal dan baik-baik saja. 

“Janganlah risau, sudah tentu semuanya dalam keadaan yang terkawal.”   

“Semuanya okey dan saya berada dalam keadaan terkawal. Malah saya dah tentu tak tergamak mahu buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa diri dan juga kandungan.”  

Tentang persembahannya yang amat lincah itu, ini komen dari Ayda Jebat. 

“Kerana lagu itu berentak rancak apatah lagi melihat para penonton yang sporting, saya pun terus menari bersama.” 

“Sampaikan saya boleh terlupa suami yang selau saja berpesan, menegur dan mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati.” 

Dalam pada itu, Ayda akui akan lebih berhati hati selepas ini.  

“Saya memang tidak menyangka begitu ramai yang mengmbil berat dan risau keadaan diri saya. InsyaAllah lepas ini akan lebih berhati-hati.” 

“Bila baca komen saya terus rasa bersalah dan terus fikir semula bahawa tak patut beraksi terlalu lincah macam itu.” 

“Apapun, syukur alhamdulillah saya dan baby dalam kandungan semuanya baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang ambil berat dan doakan kebaikan untuk saya dan juga baby.”  

Itulah sedikit kenyataan dari Ayda Jebat setelah videonya menari ketika sedang hamil menjadi tumpuan ramai. 

Ayda Jebat yang merupakan isteri kepada Nabil Mahir dah berkahwin sejak tahun 2021 dan telah pun mempunyai seorang anak bernama Ana Nayla.