Linda Hashim ulas kisah Diana Danielle, Farid Kamil

7,909 views

Umum dah tahu bahawa pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle dah berbaik dan kembali rujuk, hanya selepas sebulan berpisah. 

Sebelum ini, pasangan pelakon Beego dan isterinya iaitu Linda Hashim turut pernah lalui detik yang sama. 

Mereka berdua telah berpisah namun akhirnya kembali bersatu setelah merujuk semula sebagai suami isteri. 

Melihat apa yang terjadi kepada Farid dan Diana, Linda Hashim telah meluahkan rasa gembiranya kerana rumah tangga pasangan berkenaan dapat diselamatkan. 

Ini komen Linda kepada portal Harian Metro baru-baru ini. 

“Saya rasa gembira apabila terbaca berita yang Farid Kamil dan Diana Danielle dah kembali rujuk semula, kembali bersama.”  

“Terus saja saya cerita pada Beego dan dia pun senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.” 

“Pada pendapat saya, mereka berdua sama-sama buang ego sebab jika ada ego ni, mereka tidak akan dapat berbaik semula.” 

 Katanya lagi, dia pernah lalui apa yang terjadi kepada Farid dan juga Diana.  

“Apa yang terjadi kepada mereka berdua, sama juga dengan apa yang saya dan Beego alami. Kami berpisah dan kemudian selepas tiga minggu ambil keputusan rujuk semula.” 

“Selalunya kes pasangan berpisah ni ada babitkan dua benda iaitu kehadiran orang ketiga dan juga ego.”

“Bagi saya, jika ego tinggi ni memang susah nak baik semula.” 

“Memang kena buang dan perlu ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran.” 

“Tak semua pasangan mahukan jalan perpisahan.” 

Jelas Linda lagi, jalan untuk berpisah ni kadangkala antara jalan untuk sedarkan pasangan dan juga sebagai pengajaran. 

“Yang meminta perpisahan ni selalunya pihak wanita, ada juga yang minta diceraikan tapi bukannya nak putus, tapi mereka mahu beri pengajaran kepada suami mereka.”  

Kata Linda lagi, apa yang terjadi kepada Diana juga sama seperti dirinya yang mana meminta perpisahan bukan kerana orang ketiga, tetapi lebih mahu menyedarkan diri dan pasangan. 

“Saya ada cerita kepada mentua semuanya namun ada yang tak faham.” 

“Sebenarnya inilah pengajaran. Kalau suami isteri selalu berkelahi di depan anak-anak, ia sesuatu yang tak bagus.” 

“Jalan penyelesaiannya, perlulah beri pengajaran kepada diri masing-masing.” 

“Jika tidak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Cumanya mereka yang betul-betul nak bercerai itu memang sebab dah ada orang ketiga.” 

“Oleh itu saya nampak perpisahan pasangan Farid, Diana ni seakan sama macam kami.” 

Diimbas kembali, Linda Hashim dan Beego disatukan sebagai suami isteri pada tahun 2013 namun mereka berpisah pada Mac lepas, tetapi jodoh masih panjang, mereka rujuk semula pada bulan April 2023, ketika masih dalam tempoh edah.