Wah! Bell Ngasri dah ada lagu sendiri, jom layan

1,956 views

Bukan takat pandai berlakon pelbagai watak, Nasrizal Ngasri atau Bell, kini rupanya dah menceburi bidang nyanyian. 

Bell telah tampil dengan lagu berjudul Aku Anak Sekolah yang dihasilkan oleh Scriptology Music. 

Sebenarnya lagu ini mula dilancar pada bulan Mac tahun ini, tahun 2023. 

Lagu ini memang amat catchy dan seronok di dengari terutama untuk anak-anak. 

Menampilkan tema pergi ke sekolah, Bell memperlihatkan kebolehannya menyanyi secara rap. 

Jom dengar lagu dari Bell Ngasri ini. 

Amacam best kan. Lagu Bell ini telah ditulis oleh Noni dan muzik disusun oleh Rushdan.   

Lagu ini menerima respon yang positif dari para pendengar, ini antara komen dari warga maya. 

“Best lah dengar lagu ni.” 

“Terhibur dengan lagu ini, ada aura lagu cili padi dulu.” 

“Memang terbaik, kelakar lagu ni.” 

Dalam pada itu adik kepada Bell iaitu Anne Ngasri turut menulis komen, seperti baru tahu kewujudan lagu ini. 

Ini yang ditulis oleh Anne. 

“Mana datang pula lagu ni Bell, memang terhibur dengar pagi ni.” 

Dalam pada itu, Bell berkata dia memang amat suka mendengar muzik, dan banyak mempengaruhi hidupnya. 

“Lagu paling saya suka ialah dari Innuendo iaitu Belaian Jiwa, tak muak dengar sampai dah hafal lirik dah.” 

“Lagi satu lagu Alleycats iaitu Jika Kau Bercinta lagi. Lagu ni evergreen, sedap melodinya.” 

“Muzik ini banyak beri kesan dalam hidup saya, dan dah tentu saya pun layan lagu baru. Tapi saya kurangkan dengar lagu jenis sedih-sedih.” 

“Lagu ni boleh buat kita rasa macam nak healing, saya dengar sebab nak rasa tenang, rehat, relax.” 

Apapun, korang semua jangan lupa support lagu dari Bell Ngasri iaitu Aku Anak Sekolah, memang layan.