Tok Ram dedah punca Noryn Aziz tersingkir

7,860 views

Noryn Aziz merupakan peserta yang telah gagal untuk mara ke minggu ke 10 All Stars Gegar Vaganza apabila terkandas di minggu ke 9, yang berlangsung Ahad lalu. 

Perbezaan markah di antara Noryn Aziz dan juga penyanyi di tempat pertama iaitu jaclyn Victor juga amat ketara, yang mana hampir 30 markah. 

Markah para peserta boleh dilihat di sini (KLIK SINI). 

Apabila membaca markah para peserta, Datuk Ramli MS atau Tok Ram juga akui begitu jauh sekali markah Noryn Aziz. 

“50 lebih peratus eh, jauh, memang agak jauh.” 

Ditanya sama ada persembahan Noryn Aziz begitu terukkah, ini jawapan dari Tok Ram. 

“Semasa rehearsal tu, saya dah boleh agak. Kita ada empat session untuk training, sesi latihan. Tapi ketika empat latihan tu, saya dapat agak.” 

“Saya dapat agak sebab semasa last session rehearsal tu, sebab selalunya sesi last dan ketika nyanyi live, selalu akan potong lebih kurang 20 peratus. Masa live kan ada crowd, ada apa semua.” 

Ditanya tentang gandingan Noryn Aziz iaitu Dia Fadhila, sama ada ianya membantu, ini jawapan dari Tok Ram. 

“Saya tak cakap tak membantu, mungkin tumpang susah. Lagu tu susah.” 

Tok Ram berkata, persembahan Noryn Aziz memang banyak kesalahan. 

“Memang banyak error. Untuk individu pun dah ada error, lepas tu gabung pula keseluruhan persembahan, memang banyak error dia. Jadi markah banyak potong.” 

Pernah mendapat markah tertinggi di awal dulu, prestasi Noryn terus merudum selepas itu, dan selalu berada di tempat yang agak bawah. Kata Tok Ram mungkin itu mempengaruhi persembahannya. 

“Susah nak cakap tentang benda macam ni, bila kedudukan tu semakin turun ke bawah, saya rasa semangat dia tu mungkin semakin hilang.” 

Itulah komen dari Tok Ram tentang Noryn Aziz yang telah terkeluar di minggu ke-9 All Stars Gegar Vaganza.